Fadhli setuju, Adam Adli tolak debat dengan Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd Halim menolak pelawaannya untuk berdebat Hala Tuju Anak Muda.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Muar itu berbesar hati apabila pelawaannya disambut baik Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

“Terima kasih saudara Fadhli Shaari bersetuju dengan cadangan saya untuk berdebat berkenaan hala tuju anak muda negara.

“Namun saudara Adam Adli telah tolak cadangan saya. Alasan yang diberikan, “Lepas PRN” “Biar calon PRN yang bahas”.

“Bila Timbalan Presiden Parti saudara (Rafizi Ramli) cabar pemimpin lain, tiada pula alasan ini timbul. Kena konsisten! Seru Syed Saddiq.

Sejurus ditolak, Syed Saddiq menjemput Ketua Pemuda PH, Kelvin Yii pula untuk menyertai debat itu.

“Tapi tidak mengapa, disebabkan beliau telah menolak jemputan ini, saya ingin menjemput saudara YB Kelvin Yii selaku Ketua Pemuda Pakatan Harapan untuk membentangkan pelan bagi permasalahan anak muda,” kata beliau.

Mengulas lanjut penolakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu, Syed Saddiq berkata, Rafizi pun bukan calon PRN tapi tiada masalah untuk dia berbahas dan cabar mencabar yang lain.

“Saudara (Adam Adli) saya kurang bersetuju dengan pendapat saudara.

“Rakyat ingin tahu apa pelan pemimpin muda bagi masalah-masalah dihadapi anak muda kita hari ini.

“Isu gaji bermaruah, hutang pendidikan tinggi, keciciran pelajar, peluang pekerjaan rendah, harga mampu tengok tak mampu milik.

“Isu-isu ini adalah isu yang beterusan, sekian lama dan sehingga kini tidak ada satu pelan yang jelas untuk selesaikan isu anak muda,” katanya.

Tambah Syed Saddiq, ini masanya masanya untuk mengunakan platform yang sesuai untuk bahas isu, manifesto dan solusi untuk rakyat.

“Sepertimana Rafizi mencabar pemimpin-pemimpin PN untuk berdebat tentang perihal ekonomi negara.

“Saya fikir permasalahan anak muda juga turut diberi perhatian serta-merta,” katanya sambil menambah berani kerana benar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat