Papa rock ‘tiada noktah’

- Advertisement -

ALBUM solo kesembilan Datuk Ramli Sarip berjudul Rasa diakui sebagai album bermutu dan memberikan kepuasan maksima kepada pendengar.

Justeru, tidak menghairankan apabila penyanyi bergelar Papa Rock ini terus mempromosikan album yang dikeluarkan pada Mac lalu menerusi sesi jelajah ke seluruh negara.

Pelancaran Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim dibuat secara eksklusif di Villa d’ Acqua, Masjid Tanah, Melaka, baru-baru ini.

Ramli berkata, sebagai pengkarya dia dan rakan-rakannya tiada noktah dalam perjalanan seni.

“Kami akan berehat dan berhenti bila penat. Lepas itu akan berjalan lagi. Sesi jelajah Rasa Cinta Di Sebalik Musim ini tidak ada musim dalam konsert atau seni.

“Perasaan ini sangat mustahak atau penting bagi saya. Ia satu wadah yang luar dari jangkaan saya sepanjang pembabitan selama lebih 50 tahun dalam seni. Bukan kerana ini yang terbaik, tapi adalah yang teristimewa kerana berlaku dalam keadaan Cinta Di Sebalik Musim,” katanya.

Ramli yang sering tampil dengan isu sosial, kasih sayang dan kemanusiaan dalam karyanya berkata, muzik yang diketengahkan dalam album itu adalah muzik yang dewasa.

“Ia punyai satu wadah yang perlu disampaikan kepada masyarakat terutama anak-anak muda yang baru saja bermula dengan dunia rakaman.

“Ia kerana saya buat projek cakera padat ‘old school’ supaya bila pegang sesuatu yang fizikal, kekuatan semangat sebenarnya berlainan dengan apa yang kita ada dalam bentuk berbeza,” katanya.

 

RAMLI bersama anggota Soul Journey.
RAMLI bersama anggota Soul Journey.

 

Menerusi konsert jelajah ini, Ramli akan diiringi Soul Journey yang terdiri daripada pemuzik berpengalaman iaitu Rozario Rasul (pengarah muzik dan keyboard), Ritz Metalasia (gitar), Addy Rasidi (gitar), Din Safari (bass) dan Tom Annuar (dram).

Sementara itu, Rozario mewakili barisan pemuzik bersyukur dan kagum dengan kehebatan Ramli selain berpeluang mengadakan persembahan di Sabah dan Sarawak.

“Kami adalah pemuzik yang sentiasa bersama Ramli. Jadi, sangat bertepatan kami terpilih kerana kami juga terbabit dalam album ini,” katanya.

Sesi jelajah membuka tirai pada 7 Oktober depan di Johor Bahru diikuti Melaka (14 Oktober), Perak (22 Oktober), Kuala Lumpur (29 Oktober), Kelantan ( 4 & 5 November), Sabah (12 November), Sarawak 20 November) dan Singapura (17 Disember).

Tiket dijual menerusi www.ilassotickets.com, manakala ada sesetengah lokasi, tiket dijual secara jualan meja.

Dalam pada itu, Ramli dan Soul Journey turut beraksi secara langsung di Malacca Music Hall di lokasi sama pada malam terbabit.

Konsert buat julung kalinya ini adalah bersempena dengan pembukaan dewan konsert yang serba baharu ini di Melaka.

Mereka menyanyikan rangkaian lagu dari album Rasa antaranya Sentosa Di Kubah Hayat dan Ronggeng Rakyat serta lagu popular Ramli dan Sweet Charity seperti Sejuta Wajah, Panah Beracun, Dunia Perlumbaan, Istilah Bercinta dan banyak lagi.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat