Najib cadang impian Khalid jadi manifesto BN Selangor atau PH laksanakan sekarang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Selangor disaran mempertimbangkan untuk meletakkan pemberian saham Air Selangor sebagai salah satu janji dalam manifesto bagi PRU-15 agar hasrat dan impian Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat disempurnakan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malah berkata, beliau tiada bantahan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor berbuat demikian sekarang juga sebagai penghormatan kepada Allahyarham bekas Menteri Besar Selangor itu memandangkan mereka sedang menguasai Air Selangor ketika ini.

“Saya pernah berbincang beberapa kali dengan Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan rancangan penstrukturan semula dan pengambilan semula semua konsesi-konsesi air Selangor yang diswastakan masa Perdana Menteri ke-4.

“Antara impian yang pernah diluahkan arwah ialah untuk memberi saham percuma dalam syarikat Air Selangor kepada semua rumah tangga yang merupakan pengguna Air Selangor setelah proses penstrukturan dan pengambilan semula selesai.

“Dengan pertolongan dan sokongan kerajaan pusat masa saya Perdana Menteri, proses penstrukturan tersebut berjaya diselesaikan tetapi arwah tak sempat merealisasikan impian seterusnya akibat dikhianati dan dipecat oleh parti dia (PKR),” ujar Najib.

Jadi, Najib cadang BN Selangor pertimbang untuk meletakkan pemberian saham Air Selangor sebagai salah satu janji dalam manifesto bagi PRU-15.

“Ini hasrat dan impian Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim dapat disempurnakan.

“Saya juga tiada bantahan sekiranya kerajaan PH Selangor berbuat demikian sekarang juga sebagai penghormatan kepada arwah,”
katanya.

Khalid mentadbir Selangor selama enam tahun bemula 2008 sebelum digulingkan dalam kempen yang dinamakan Langkah Kajang oleh PKR, partinya sendiri.

Khalid meninggal dunia di usia 76 tahun pada 31 Julai lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat