Jennifer Aniston sanggup putus kawan anti vaksin

- Advertisement -

Los Angeles: Aktres Jennifer Aniston, 52, mendedahkan terpaksa putuskan hubungan dengan beberapa kenalan terdekat gara-gara mereka memilih untuk menolak vaksin.

Aniston berkata, dia bertindak demikian kerana tidak dapat menerima alasan mereka menolak vaksin adalah kerana takut dan menganggap vaksin satu propaganda.

“Masih ada segelintir besar orang yang menolak vaksin dan tidak percaya langsung pada fakta. Ia sememangnya sangat menyedihkan.

“Saya baru saja ‘kehilangan’ beberapa orang yang menolak atau tidak mendedahkan sama ada mereka sudah divaksin atau belum. Sayang sekali.

“Saya rasa, ia kewajiban profesional untuk memaklumkan mengenainya. Memanglah semua berhak ada pendapat sendiri, tapi kebanyakannya berasaskan ketakutan serta percaya pada propaganda,” katanya.

Dalam pada itu, Aniston juga turut berkongsi dia terpaksa berhenti menonton berita pada satu tahap dalam tempoh pandemik ini.

Menurut Aniston, dia hampir ‘naik gila’ dengan kes yang tidak berkesudahan.

“Saya terpaksa berhenti menonton CNN. Kita semua berdepan keletihan dan panik dalam tempoh pandemik ini.

“Ia kerana, kita semua berharap bahawa suatu hari nanti, kita akan bangun tidur dan dengar sesuatu yang lebih menggembirakan. Tapi, ia semakin menggila pula,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat