Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai, Kenyataan Saksi

Beri ruang Muhyiddin tentukan corak pentadbiran negara kata Annuar Musa

Putrajaya - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diberi ruang seluasnya untuk memimpin negara, serta menentukan corak pentadbirannya tanpa ada sebarang tekanan, kata...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kuala Lumpur - Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan tidak stabil menolak dakwaan Seri Paduka memiliki...

Agong zahirkan Ucapan Tahniah Kepada Cikgu Sam

CYBERJAYA: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Samuel Isaiah, guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Runchang di Muadzam Shah, Pahang,...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Kuala Lumpur - Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan sehingga menyebabkan keadaan politik negara menjadi semakin...

Pejuang desak Hamzah, ROS beri jawapan berhubung pendaftaran parti

Kuala Lumpur – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menjelaskan mengapa pendaftaran parti itu belum diluluskan. Setiausaha Agungnya,...

Putrajaya – Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi dibekalkan senarai saksi yang ditemu bual Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kenyataan saksi-saksi semasa siasatan dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, P Ravinthran dan Datuk Nordin Hassan dengan itu membatalkan rayuan itu.

Mahkamah dimaklumkan mengenai penarikan balik rayuan itu oleh peguam Nur Syahirah Hanipah yang mewakili Najib.

Peguam itu, bagaimanapun, memohon supaya mahkamah merekodkan bahawa bekas perdana menteri berhak untuk membangkitkan isu itu dalam rayuan substantif beliau, dan menurutnya perkara itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berkata, beliau tiada sebarang bantahan terhadap permohonan penarikan balik rayuan itu serta hak Najib untuk membangkitkan isu itu dalam rayuan substantifnya.

Pada 15 November 2019, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib bagi mendapatkan senarai saksi dan kenyataan saksi-saksi untuk membolehkan beliau menyediakan pembelaannya.

Najib, 67, memohon senarai saksi dan kenyataan saksi-saksi selepas beliau diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 November tahun lepas untuk membela diri terhadap tujuh pertuduhan berkaitan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Pada 28 Julai lalu, Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun jika gagal membayar denda itu selepas beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tujuh pertuduhan itu.

Beliau memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan diputuskan.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan berkaitan salah guna kuasa, penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga kesalahan pecah amanah. Beliau turut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak.

Selepas prosiding mahkamah itu, Syahirah memberitahu media bahawa pihaknya telah mendapat kebenaran mahkamah bagi kehadiran Najib di Mahkamah Rayuan dikecualikan.

Katanya, prosiding hari ini hanya membabitkan penarikan balik rayuan dan Najib perlu hadir pada perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapinya yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Beri ruang Muhyiddin tentukan corak pentadbiran negara kata Annuar Musa

Putrajaya - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diberi ruang seluasnya untuk memimpin negara, serta menentukan corak pentadbirannya tanpa ada sebarang tekanan, kata...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kuala Lumpur - Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan tidak stabil menolak dakwaan Seri Paduka memiliki...

Agong zahirkan Ucapan Tahniah Kepada Cikgu Sam

CYBERJAYA: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Samuel Isaiah, guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Runchang di Muadzam Shah, Pahang,...