Taikun Malaysia menang projek bina pelabuhan, jambatan di Taiwan RM3.7 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekumpulan syarikat yang diketuai oleh Gamuda, syarikat dari Malaysia telah memenangi kontrak bernilai RM3.7 bilion (AS$883 juta) untuk membina sebuah pelabuhan di Dalin, kira-kira 200 kilometer di selatan Taipei, lapor Forbes.

Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, Gamuda, memegang 70 peratus pegangan dalam usaha sama yang akan membina infrastruktur bagi Terminal LNG Antara Benua Pelabuhan Kaohsiung, menurut satu pengumuman pada Isnin.

Projek pembinaan ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Dengan pegangan majoriti dalam usaha sama tersebut, Gamuda dijangka meraih hasil sebanyak RM2.6 bilion (AS$620 juta) daripada projek ini, yang akan mula direkodkan dalam tahun kewangan berakhir Julai 2026 sehingga projek tersebut siap sepenuhnya.

Projek tersebut merangkumi pembinaan benteng laut sepanjang 2.2 kilometer, jambatan sepanjang 1.2 kilometer, serta pelbagai kemudahan infrastruktur lain yang diperlukan untuk memunggah, menyimpan dan memproses gas asli cecair (LNG) bagi penghantaran kepada pelanggan di Dalin dan kawasan sekitarnya.

Menurut nota penyelidikan terbaru oleh Kenanga Investment Bank, Gamuda berada di landasan kukuh untuk mencapai sasaran berjumlah RM45 bilion tahun ini. Bank tersebut turut menyatakan bahawa Gamuda sedang membida beberapa projek besar, termasuk pusat data di Malaysia, projek rel di Brisbane, dan lebuh raya di New Zealand.

Ditubuhkan pada tahun 1976 oleh Lin Yun Ling dan Koon Yew Yin, Gamuda telah berkembang daripada sebuah syarikat pembinaan kepada sebuah syarikat terkemuka dalam bidang infrastruktur dan hartanah di Malaysia, dengan projek-projek di Australia, Singapura, Taiwan, United Kingdom, dan Vietnam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat