Hadi Harap Gelombang Anak Muda Terus Bagi Kemenangan Bertenaga PN Dalam PRN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang masih mengharapkan gelombang anak muda untuk memberikan kemenangan yang bertenaga buat Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Pengerusi PN berkata, perubahan anak muda wajib berlaku secara menyeluruh dan sempurna, maka peranan ibu bapa dan pendidik sangat penting bagi membentuk anak yang bertenaga menongkah cabaran bagi melakar kemenangan yang bertenaga.

“Kita menyaksikan di Malaysia berlaku kebangkitan anak muda secara berduyun-duyun ingin menegakkan Islam melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.

“Perkara itu mengatasi orang tua yang sibuk dengan urusan hidup tanpa memahami bahaya kelekaannya, sehingga ditenggelamkan oleh gelombang yang membinasakan,” katanya dalam catatan Minda Presiden PAS pada Selasa.

Menurut Hadi lagi, kita menyaksikan tanda-tanda yang sangat menarik dengan kebangkitan anak muda di negara kita dalam PRU-15 akan terus meluncur dengan lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Khususnya, dengan keinsafan mereka apabila melihat tanpa tertarik kepada pemimpin yang terjun ke padang untuk menari dan menyanyi bagi menggoda mereka.

“Barangkali yang mabuk dadah dan syabu sahaja boleh bernafsu tanpa mengira tua dan muda.

“Perubahan anak muda wajib berlaku secara menyeluruh dan sempurna, maka peranan ibu bapa dan pendidik sangat penting bagi membentuk anak yang bertenaga menongkah cabaran bagi melakar kemenangan yang bertenaga. Begitu juga, menjadi pelapis yang tidak mematikan perjuangan kebaikan dan kebahagiaan yang berwawasan dunia dan akhirat,” ujarnya yang masih dirawat diHospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat