Rodziah Tewas Pemilihan Ketua Wanita PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita PKR Selangor, Rodziah Ismail, yang sebelum ini dilapor memenangi jawatan Ketua Wanita PKR pada Pemilihan PKR 2022, diumumkan tewas kepada Senator Fadhlina Sidek, hari ini.

Keputusan yang dianggap mengejutkan itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Berdasarkan keputusan itu, Fadhlina memperoleh 18,923 undi berbanding Rodziah dengan 18,891 undi, iaitu perbezaan 32 undi.

Keputusan akhir Pemilihan PKR 2022 yang disiarkan menerusi laman web https:\\pemilihankeadilan2022.com menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan jawatan Presiden tanpa bertanding, manakala Rafizi Ramli dipilih sebagai Timbalan Presiden menewaskan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan 59,678 undi.

Jawatan Ketua Majlis Pimpinan Angkatan Muda dimenangi aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim yang menewaskan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol.

Mengulas mengenai keputusan akhir pemilihan itu, Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa, berkata JPP meneliti laporan audit pakar digital dan menerimanya berdasarkan bukti berasas menerusi analisis digital.

Katanya, dapatan audit mendedahkan wujud percubaan menggodam keputusan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Pakar audit memberi cadangan mengemas kini rekod pengundian. Proses pemutihan dilaksanakan berdasarkan keputusan analisis digital itu.

“Bagaimanapun, keputusan itu tidak menjejaskan keputusan kemenangan sebahagian besar calon, baik di peringkat pusat mahupun di peringkat cabang,” katanya.

Sementara itu, semakan keputusan beberapa cabang kontroversi seperti di Ampang mendapati tiada keputusan pemilihan disiarkan, hari ini.

Sebelum ini, semakan di laman web sama menyatakan pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac, memenangi jawatan Ketua Cabang Ampang dengan memperoleh 748 undi melalui pemilihan semula Rabu lalu.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, menewaskan seorang lagi selebriti, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, dengan perbezaan dua undi yang menyaksikan penyanyi rap itu meraih 746 undi. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat