Kerajaan Perkasa MD Rancak Ekonomi Digital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini membangunkan Malaysia Digital atau MD bertujuan merancakkan ekonomi digital negara, rangka kerja inisiatif baharu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau MD dibangunkan dengan berpandukan kepada tiga prinsip utama iaitu Fleksibiliti, Ketangkasan dan Relevansi.

“MD menerusi projek mangkin MD atau pemangkin akan berfungsi secara holistik dalam mentransformasikan ekosistem ekonomi digital negara menerusi tiga keutamaan strategik iaitu membantu memacu adaptasi digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat; menyokong syarikat teknologi tempatan untuk menjadi ‘Juara Malaysia– ’ berjaya di peringkat antarabangsa; dan menarik pelaburan bernilai tinggi.

“Saya yakin menerusi keutamaan berkenaan, MD akan memacu lebih banyak program berimpak tinggi dan memberi impak langsung serta segera, khususnya kepada Keluarga Malaysia,” katanya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Jelas Perdana Menteri, Pemangkin dalam sektor pertanian telah melaksanakan 10 projek printis Digital AgTech untuk membantu para petani mengadaptasi teknologi digital bagi meningkatkan hasil dan dapat membantu mengurangkan kos operasi.

Katanya, pada peringkat awal, dua pemangkin akan diperkenalkan di bawah MD iaitu program DE Rantau dan Digital Trade.

“Program DE Rantau bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan di rantau ini melalui peningkatan penggunaan digital, mobiliti profesional digital dan aktiviti pelancongan di seluruh negara.

“Aktiviti nomad digital di dalam negara akan memberi kesan limpahan yang bukan sahaja membantu memulihkan semula sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik.

“Malah ia akan merancakkan aktiviti perniagaan dan ekonomi tempatan di samping membuka peluang perkongsian pengetahuan serta pengalaman bersama komuniti setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga memberitahu, Program Digital Trade pula berperanan untuk memacu e- Dagang dan adaptasi digital oleh perniagaan serta memudahkan perdagangan merentas sempadan, selaras dengan Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan (NESR).

Kata beliau, Digital Trade juga bertujuan menyokong pergerakan data yang lancar antara perniagaan untuk meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kebolehpercayaan transaksi merentas sektor dan industri.

“Menerusi penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau atau RCEP, program ini akan mempermudah jangkauan yang lebih luas ke pasaran global dan ini akan memberi manfaat besar kepada
perniagaan tempatan khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS),” katanya.

Bagi memastikan pelaksanaan MD lebih berkesan, Perdana Menteri berkata, Kabinet telah bersetuju agar K-KOMM menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital, atau MD-CC, untuk menyelaraskan tadbir urus dan operasinya, seperti penganugerahan Status MD.

“Menyedari bahawa peranan industri adalah sama penting untuk memastikan pelaksanaan yang berimpak tinggi, Kerajaan juga telah menekankan kepentingan penglibatan para pemain industri, pihak pemegang taruh dan juga masyarakat dalam pelaksanaan pelbagai dasar negara, iaitu melalui pendekatan keseluruhan negara atau whole-of-nation approach.

“Oleh itu, saya telah menyarankan agar pihak MDEC mewujudkan sebuah platform khusus untuk memberi peluang kepada pemain industri agar dapat mengambil bahagian secara berterusan dan memberikan maklum balas yang wajar sepanjang pelaksanaan MD.

“Saya yakin, dengan kerjasama dan muafakat pelbagai pihak, inisiatif MD ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya,” ucap beliau.

Pihak kerajaan juga akan memberi tumpuan sepenuhnya agar ia dapat dilaksanakan dengan lancar, kata Ismail Sabri.

“Menerusi struktur tadbir urus baharu ini, MD berperanan untuk mempercepatkan pendigitalan di seluruh negara, memangkinkan bidang pertumbuhan baharu, meningkatkan penyertaan syarikat teknologi tempatan serta menarik pelaburan-pelaburan berpotensi, sejajar dengan usaha merealisasikan aspirasi dan sasaran negara.

“Melalui rangka kerja MD yang baharu, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa pihak Kerajaan telah menganugerahkan Status MD kepada enam syarikat kelompok pertama, iaitu Bytedance System Sdn. Bhd; Bridge Data Centres Malaysia (III) Sdn. Bhd; GDS IDC Services (Malaysia) Sdn. Bhd.
4. Abbott Laboratories (Malaysia) Sdn. Bhd; Aceteam Connect Sdn. Bhd dan Peninsula Apex Technologies Sdn. Bhd.

Beliau berharap inisiatif ini akan dapat berkembang dengan pesat, dari koridor ke seluruh dunia.

“Negara perlu melahirkan lebih ramai bakat dan tenaga kerja digital yang berdaya saing, infrastruktur yang serba lengkap dan terus memastikan keupayaan serta kapasiti negara kita, kekal bertaraf dunia.

“Ini penting supaya kita dapat memastikan generasi masa depan mempunyai asas dan kemudahan yang diperlukan untuk terus memacu negara menjadi sebuah negara digital yang serba maju,” katanya.

Perdana Menteri memaklumkan, pandemik COVID-19 memberi impak kepada kehidupan manusia serta menjejaskan ekonomi negara, namun kerajaan amat fokus dalam melaksanakan pelbagai inisiatif memulihkan ekonomi dengan segera.

“Antara sektor yang pesat berkembang ialah e-Dagang yang menyumbang sebanyak 11.5 peratus kepada KDNK pada 2020 berbanding 8.5 peratus pada 2019.

“Nilai transaksi e-Dagang negara juga telah mencecah RM1 trilion buat pertama kalinya tahun lepas, meningkat sebanyak 21.8 peratus berbanding 2020,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat