Zahid Dianiaya Media?

- Advertisement -

TAJUK sebuah portal berita dalam talian berhubung pembayaran ‘wang perlindungan’ yang dibangkitkan dalam perbicaraan membabitkan Datuk Seri Zahid Hamidi semalam, jelas mengelirukan dan tidak adil kepada beliau.

Tajuk seperti itu seolah-olah memberi gambaran Zahid ada kaitan dengan pembayaran wang perlindungan tersebut.

Sedangkan jika dibaca secara penuh isi kandungan berita tersebut, ia sangat berlainan daripada apa yang cuba digambarkan oleh tajuk berkenaan.

Sebetulnya, wang berjumlah RM 447,000 yang konon dibayar untuk tujuan perlindungan itu tidak ada kaitan sama sekali dengan Zahid.

Perkara tersebut dibangkit dalam perbicaraan semalam kerana ia membabitkan firma guaman sama yang turut menjadi pemegang amanah kepada Yayasan Akal Budi milik Zahid – Tetuan Lewis & Co.

Memetik laporan Bernama, “seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa syarikat pembinaan (nya) mengeluarkan tiga cek berjumlah RM1,011,520 atas nama Tetuan Lewis & Co yang (juga) merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Paul Latimer, 78, pengarah Syarikat Cergas Murni Sdn Bhd, berkata sebahagian daripada jumlah itu bertujuan pembayaran wang perlindungan kepada samseng dan selebihnya bagi penyelesaian masalah operasi syarikat seperti bayaran kepada subkontraktor, pembekal dan lain-lain semasa projek pembinaan jambatan ketiga di Klang, Selangor, yang dijalankan pada 2014 hingga 2017.

“Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad, yang mewakili Ahmad Zahid, pada hari ke-24 perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit membabitkan Yayasan Akalbudi.

“Bagaimanapun Latimer menjawab ‘saya tidak ingat’ ketika Rozal Azimin mencadangkan syarikatnya juga mempunyai masalah jentera pada 2016.

“Rosal Azimin: Kesemua cek ini tidak ada kena mengena dengan Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid), sebab kamu tidak berurusan dengan dia?

Latimer: Betul”

Pautan asal kenyataan di atas boleh dirujuk disini.

Diringkaskan, Cergas Murni Sdn Bhd membayar wang RM447,000 kepada firma guaman Tetuan Lewis & Co untuk pelbagai urusan membabitkan projek syarikat tersebut di Klang.

Seperti dinyatakan di awal artikel ini, firma guaman itu turut menjadi pemegang amanah kepada Yayasan Akal Budi milik Zahid – itu saja kaitannya.

Hakikatnya, apa pun urusan tersebut mahupun projek itu sendiri, langsung tidak kena mengena dengan Zahid mahupun yayasan yang dimilikinya.

Dibawah undang-undang negara ini, mana-mana firma guaman bebas mempunyai pelanggan lain, sekalipun setelah dilantik menjadi pemegang amanah kepada mana-mana organisasi, itu faktanya.

Maka tidak hairan bila seorang penganalisis politik (yang juga seorang bekas wartawan), Ab Jalil ketika mengulas mengenai perkara sama di laman Facebooknya berkata, “tajuk sepatutnya untuk media (dalam kes ini) ialah, “Saksi nafi beri wang kepada Zahid” atau “Wang diberi kepada Tetuan Lewis & Co, bukan untuk Yayasan Akal Budi”.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat