Nik Nazmi puji penjawat awam di NRES, harap kepimpinan baharu sambung dan perkasa usaha

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nik Nazmi Nik Ahmad memuji sikap kebertanggungjawaban dan penuh ketelitian terhadap amanah yang dipikul oleh penjawat awam di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, pertemuan beliau bersama warga penjawat awam NRES pagi semalam menandakan penutup sebuah fasa perkhidmatan yang amat bermakna.

“Sepanjang tempoh saya menerajui kementerian ini, saya berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana penjawat awam di NRES menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh ketelitian terhadap amanah yang dipikul.

“Dalam bidang yang menuntut kejelasan teknikal serta kepekaan terhadap isu-isu kritikal seperti perubahan iklim, biodiversiti, dan pengurusan sumber asli, mereka telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memastikan dasar-dasar yang digubal dapat dirakyatkan dengan sebaik mungkin.

“Saya berharap agar segala usaha dan kerja-kerja yang telah dimulakan ini akan terus disambung dan diperkasakan, meskipun di bawah kepimpinan baharu,” kata Nik Nazmi.

Beliau malah berterima kasih kepada seluruh warga NRES atas dedikasi, komitmen, dan profesionalisme yang telah disaksikan sepanjang tempoh perkhidmatan ini.

“Jumpa lagi di lain masa, dan jangan segan untuk menyapa saya di luar,” ujar Nik Nazmi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat