Masalah Air di Sabah Perlu Perubahan Struktural – Pemuda UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Usaha mengatasi masalah bekalan air di Sabah memerlukan satu perubahan struktural segera dilaksanakan dengan melibatkan kajian semula konsesi pembekalan air dan penubuhan badan kawal selia air yang lebih kemas dan efektif.

Gesaan itu disuarakan Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin yang berpendapat perjanjian semasa antara kerajaan negeri dan operator swasta sebagai berat sebelah dan tidak lagi relevan dalam konteks keperluan semasa rakyat Sabah.

Menurut beliau, struktur konsesi kini hanya meletakkan tanggungjawab kepada syarikat swasta untuk memproses air sehingga ke loji rawatan air (LRA), manakala Jabatan Air Sabah terpaksa mengurus sistem agihan selepas itu namun keuntungan penuh hasil jualan air terawat tetap dimiliki syarikat swasta.

“Kerajaan negeri membayar 100% kos rawatan air walaupun kadar Air Tidak Berhasil (NRW) sangat tinggi, sehingga 50% dalam sesetengah kes. Ini bermakna separuh daripada air yang dibayar tidak sampai kepada pengguna, dan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan media sosial baru-baru ini.

Mohd Zaffarollah yang merupakan bekas bekas eksekutif Ranhill Utilities Sdn Bhd sebuah syarikat yang berperanan dalam pengurusan air di Johor dan pembangunan tenaga solar di Sabah, berpendapat model model bekalan air sedia ada di Sabah perlu ditamatkan dan digantikan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan adil seperti diamalkan di Semenanjung Malaysia.

Di semenanjung syarikat swasta bertanggungjawab dari loji rawatan hingga ke paip pengguna di bawah pengawasan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri Sabah menubuhkan satu badan kawal selia sendiri, yang dicadangkan dinamakan sebagai Badan Kawal Selia Air Sabah (BAKAS), untuk memantau dan menyelia keseluruhan rantaian perkhidmatan air termasuk sumber air mentah, rawatan dan pengagihan.

“Kita tidak boleh lagi membiarkan sistem sekarang yang menanggung kerugian besar dan tidak menjamin bekalan berterusan kepada rakyat. Kita perlukan pemain industri yang berpengalaman dan perjanjian yang adil kepada kerajaan negeri,” tambahnya.

Untuk rekod, isu bekalan air di Sabah terus menjadi antara aduan utama rakyat negeri itu, terutama di kawasan pedalaman, luar bandar dan sesetengah kawasan bandar utama. Kekerapan gangguan, tekanan air rendah, paip usang serta kelewatan projek naik taraf menjadi isu berulang saban tahun.

Sabah juga mencatat kadar NRW tertinggi di Malaysia, yang menunjukkan kebocoran besar dalam sistem agihan air negeri itu antara punca utama ketidakcekapan dan pembaziran yang merugikan kerajaan negeri.

Mohd Zaffarollah menyeru agar isu ini dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional Sabah bagi pilihan raya akan datang agar pendekatan menyeluruh terhadap pembaharuan sistem air dapat digerakkan dengan serius dan berkesan.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat