“Makcik Kiah guna 1 tong untuk goreng pisang, 1 untuk mee, 1 untuk air masih layak guna tong hijau bersubsidi” – Fuziah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh memberi pencerahan mudah dan ringkas bagi menjawab kontroversi dasar penggunaan tong gas memasak (LPG) berwarna ungu.

Menurut beliau, peniaga kecil yang dijadikan contoh seperti `Makcik Kiah’ masih boleh mengguna tong gas hijau bersubsidi.

Bagaimanapun, jelas Fuziah penggunaan itu dengan syarat tidak lebih daripada tiga tong gas 14 kilogram (kg) pada satu-satu masa dengan jumlah maksima adalah 42 kg.

“Ini bermakna, kalau Makcik Kiah guna 1 tong untuk goreng pisang, 1 untuk mee, 1 untuk air, Makcik Kiah masih layak guna tong hijau bersubsidi. Tak perlu tukar ke tong “purple”.

“Tong gas “purple” (tanpa subsidi) hanya diwajibkan kepada pengguna industri dan komersial berskala besar seperti restoran besar, kilang, hotel dan seumpamanya,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook pada Rabu.

Menurut Fuziah, beliau perlu menjawab isu dasar penggunaan tong gas ungu itu dengan mudah memandangkan masih ramai yang keliru.

“Jadi, janganlah kita takut-takutkan rakyat dengan info kurang tepat.

“Yang penting, bantuan kerajaan sampai kepada yang benar-benar layak dan subsidi terus dinikmati oleh golongan kecil dan sederhana,” katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak kerajaan mempertimbangkan semula langkah mewajibkan penggunaan gas petroleum cecair (LPG) komersial atau lebih dikenali sebagai tong gas ungu kepada peniaga khususnya pengusaha minuman dan makanan, kedai dobi dan sebagainya.

Ini kerana peralihan kepada penggunaan LPG komersial yang berharga sekitar RM65 hingga RM70 bagi silinder 14 kg berbanding RM26.60 hingga RM30 untuk gas subsidi menyebabkan peningkatan kos operasi kepada para peniaga.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat