Tiga pelajar POLIMAS reka WNS Futsal Hub rangkul Anugerah Pengarah FYPCom@POLIMAS 2025

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

JITRA – Projek inovatif WNS FutsalHub berasaskan Data Science & AI Chatbot yang dibangunkan oleh tiga pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) berjaya merangkul Anugerah Pengarah Pertandingan Projek Akhir POLIMAS 2025 (FYPCom@POLIMAS 2025) di Dewan Sri Mas, POLIMAS dekat sini baru-baru ini.

Pertandingan FYPCom@POLIMAS 2025 bertemakan ‘Nurturing TVET Leaders for Industrial Needs’ menampilkan sebanyak 99 projek inovatif daripada pelbagai jabatan akademik di POLIMAS.

FYPCom@POLIMAS 2025 menjadi platform penting bagi pelajar dari pelbagai jabatan untuk mempersembahkan projek akhir mereka.

POLIMAS dalam kenyataannya memaklumkan, WNS FutsalHub merupakan sebuah sistem pintar berasaskan Data Science dan Intelligence (AI) Chatbot yang direka bentuk untuk merevolusikan pengurusan serta pengalaman pengguna dalam tempahan gelanggang futsal.

“Antara ciri utama sistem ini termasuk analisis penggunaan gelanggang berdasarkan corak data tempahan, serta sokongan chatbot berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna membuat tempahan, menyemak jadual, dan mengemukakan pertanyaan secara automatik dan pantas,”kata kenyataan itu.

Menurutnya, ketiga-tiga pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Maklumat dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Syed Muhammad Zikri Syed Mohd Arif, Muhammad Nur Alif Syah Norshahri, dan Muhammad Aimanuddin Fitri Amaluzzaman, telah dibimbing oleh pensyarah penyelia, Ir. Ts. Siti Nur Thazliah Mohd Thazali.

Ir. Ts. Siti Nur Thazliah berkata WNS FutsalHub menunjukkan bagaimana pelajar dapat menerapkan kemahiran Data Science dan AI dalam membangunkan penyelesaian sebenar kepada keperluan industri sukan dan rekreasi.

Beliau berkata, projek ini menekankan keupayaan pelajar untuk menjadi pemimpin teknikal masa hadapan yang mampu memenuhi kehendak industri, ”katanya yang juga penyelia kumpulan itu.

Dalam pada itu, Ketua kumpulan Syed Muhammad Zikri berkata WNS FutsalHub bukan sekadar platform tempahan.

“Kumpulan kami menggunakan pendekatan data analytics untuk mengenal pasti waktu puncak, meramalkan kadar penggunaan, dan membantu pemilik gelanggang membuat keputusan yang lebih strategik, ”katanya.

“AI chatbot yang kita bangunkan mampu menjawab pertanyaan pengguna 24/7 dengan efisien, menjadikan pengalaman pengguna lebih mesra dan interaktif, ”katanya lagi.

Rakannya, Muhammad Aimanuddin turut meluahkan rasa bangga atas pencapaian mereka.

“Kemenangan ini memberi suntikan semangat kepada kami untuk terus mengembangkan projek ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Terima kasih kepada pensyarah yang membimbing kami serta rakan sepasukan yang telah bekerja keras menjayakan sistem ini, ”katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah POLIMAS, Dr. Mohd Azmin Mat Seman, berkata, penglibatan aktif pelajar dalam pertandingan ini membuktikan keupayaan mereka mencipta penyelesaian inovatif yang boleh dikembangkan ke peringkat industri.

Dr. Mohd Azmin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Pertandingan Projek Akhir FYPCom@POLIMAS 2025.

Beliau berkata pertandingan ini juga membuka peluang kepada pihak industri untuk bekerjasama dalam mengkomersialkan produk yang dihasilkan.

Hadir sama, Pengarah Urusan Northern Coral (M) Sdn. Bhd., merangkap Pengerusi Alumni POLIMAS, Dato’ Mohd Yuzi Mat Zin

Para pemenang menerima hadiah berupa hamper, plak dan sijil penghargaan.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat