Tun M jangka orang kuat Najib akan jadi PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan ‘penyokong kuat’ Datuk Seri Najib Razak bakal dipilih menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Beliau juga mendakwa kerajaan yang bakal didirikan sejurus Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya ialah yang mampu membebaskan Najib daripada hukuman penjara 12 tahun.

Ramai ahli UMNO hendak supaya PRU -15 diadakan segera. Apakah (Datuk Seri) Ismail Sabri akan jadi Perdana Menteri jika UMNO menang. Tentu tidak.

“Tetapi yang akan jadi Perdana Menteri tentulah penyokong kuat Najib.

Bagi Kerajaan yang akan didirikan, yang utama ialah membebaskan Najib daripada hukuman 12 tahun penjara,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Malah kata bekas Perdana Menteri itu, contoh sudah ada.

Katanya, anak tiri Najib terlepas daripada dipenjara kerana bagi balik separuh dari duit yang dicuri.

“Najib boleh bagi balik banyak mana yang dikehendaki oleh Kerajaan BN. Dia akan diampun.

“Setelah mencuri berbillion Ringgit Najib yang didapati salah, tidak dipenjara barang sehari pun.Ini keadilan di Malaysia. Curi seekor ayam masuk penjara serta merta. Oleh itu curi berbillion. Didapati salah oleh mahkamah. Bagi balik setengah billion. Bebas.

“Belum jadi. Tetapi boleh jadi. Saya agak-agak sahaja.

“Ya. Saya akan dipanggil untuk soal siasat.

“Di Malaysia ini satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga mengimbas satu rakaman video Perdana Menteri ditolak ke belakang oleh Presiden UMNO, yang tarik Najib ke depan di tempat Perdana Menteri.

“Daripada peristiwa ini adalah jelas Najib lebih dihormati oleh UMNO berbanding Perdana Menteri.

“Apakah jenis kerajaan yang didirikan oleh Ismail Sabri jikalau ia boleh dihina di hadapan dunia,” soal beliau.

Sedangkan katanya, setiap hari dunia dapat membaca laporan berkenaan perbicaraan kes 1MDB yang diadakan di Amerika Syarikat.

“Dalam perbicaraan ini ramai nama tokoh di Malaysia yang terlibat dengan jenayah mencuri duit 1MDB dilapor.

“Kesalahan yang dilakukan oleh mereka disebut. Di antara orang yang disebut berkali-kali sebagai terlibat dengan menipu 1MDB ialah Najib dan Rosmah.

“Laporan-laporan ini boleh dibaca dalam akhbar Malaysia. Tetapi yang peliknya ramai orang Malaysia tidak sedikit pun marah terhadap Najib dan Rosmah, jauh sekali merasa malu.

“Di PRN Johor parti Najib di sokong sehingga menang 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” bidasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat