Tengku Zafrul ganti Shamsul Iskandar sebagai Penasihat Kanan Politik Anwar

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri.

Perkhidmatan Tengku Zafrul itu bagi tempoh 2 tahun berkuat kuasa 4 Mac 2026 (Rabu).

“Pelantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

“Perdana Menteri menzahirkan harapan agar Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” kata PMO.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat