Isu Roboh Kuil: Rayer Serah Kepada Polis, Dakwa Zamri Vinoth Hasut Ketegangan Kaum

PULAU PINANG, 3 Mac 2026 — Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, semalam membuat laporan polis berhubung satu hantaran Facebook yang didakwa berunsur provokasi agama dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Menurut beliau, hantaran tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Zamri Vinoth dan didakwa mengandungi unsur hasutan serta ugutan untuk merobohkan sebuah kuil Hindu berhampiran Hospital Bukit Mertajam pada 7 Mac ini, jam 3 petang.

Rayer berkata, sekembalinya dari Kuala Lumpur selepas urusan di Mahkamah dan Parlimen, beliau terbaca hantaran berkenaan sebelum bertindak segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Beliau memaklumkan bahawa percakapannya telah direkodkan oleh pegawai penyiasat.

Sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, beliau menegaskan tanggungjawabnya untuk bertindak demi menjaga keamanan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Rayer turut menyeru Polis Diraja Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Jemaah Menteri serta Perdana Menteri agar mengambil tindakan tegas dan segera terhadap individu berkenaan bagi mengelakkan sebarang insiden yang boleh menggugat kestabilan negara.

Beliau memberi amaran bahawa kegagalan bertindak selepas dakwaan provokasi berulang kali boleh menimbulkan persepsi bahawa individu terbabit kebal dan “above the law”.

Dalam masa sama, beliau menggesa rakyat Malaysia yang menghargai keamanan negara untuk turut membuat laporan polis sekiranya terdapat unsur provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat