Global Sumud Flotilla 2.0 tetap berlayar meskipun konflik memuncak

KUALA LUMPUR – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 akan tetap diteruskan meskipun konflik di Asia Barat semakin memuncak susulan ketegangan melibatkan Amerika Syarikat dan Iran.

Eksekutif Strategik (Perhu­bu­ngan Awam) Cinta Gaza Ma­laysia (CGM) Haikal Zulkefli berkata, keputusan itu dibuat kerana keperluan mendesak untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, khususnya selepas pintu sempadan Rafah dilaporkan ditutup sepenuhnya.

Menurutnya, penutupan laluan darat itu menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan seperti biasa, sekali gus me­nguatkan keperluan untuk misi laut diteruskan bagi memecahkan kepungan di wilayah ber­kenaan.

“GSF 2.0 akan tetap diteruskan, kapal akan kekal belayar walaupun konflik sedang berlaku. Keperluan di Gaza sangat mendesak dan sempadan Rafah kini ditutup sepenuhnya.

“Kita sudah merancang de­ngan baik dan kita akan me­ngambil kira sepenuhnya kese­lamatan sukarelawan. Setakat ini perjalanan untuk belayar ke beberapa lokasi terpilih sebelum ke Gaza masih diteruskan,” lapor Utusan.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan terus memantau situasi semasa dan menilai perkembangan keselamatan sebelum belayar sepenuhnya ke perairan Gaza.

Dalam perkembangan ber­kai­tan, ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran kembali memuncak selepas serangan ketenteraan dilaporkan berlaku semalam, sekali gus meningkatkan risiko ketidakstabilan di Timur Tengah.

Situasi itu turut memberi kesan tidak langsung terhadap laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza apabila kawalan keselamatan diperketatkan dan sempadan utama ditutup sepenuhnya atas faktor keselamatan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat