Anwar tarik balik rayuan imuniti, mahkamah arah bayar RM50,000 kos kepada Yusoff Rawther

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuan bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Rujukan persoalan undang-undang itu adalah berkaitan saman sivil yang difailkan bekas penyelidiknya Yusoff Rawther, berhubung satu insiden yang berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri, lapan tahun lalu.

Pada prosiding di Mahkamah Rayuan, pada Rabu peguam Anwar, Sanjay Mohan memaklumkan bahawa pihaknya memohon untuk menarik balik rayuan itu dan sudah memaklumkan kepada responden, lapor BH di Putrajaya.

Panel yang dipengerusikan Datuk Wong Kian Kheong, yang bersidang bersama-sama Datuk Azmi Ariffin dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar kemudian membatalkan rayuan berkenaan.

Panel turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Yusoff, yang perlu dibayar sebelum jam 5 petang pada 6 April ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat