“DD CAT” Koleksi baju raya kucing 2024, tema raya sedondon

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “DD Cat” jenama pakaian kucing yang tidak asing lagi di Malaysia kembali menampilkan rekaan terbaru baju raya kucing sempena Hari Raya Aidilfitri 2024.

Bertemakan konsep Raya Sedondon, pelancaran koleksi baju raya kucing terbaru DD Cat akan berlangsung di Coo & RIKU Lalaport Pet Shop Kuala Lumpur, pada Isnin.

Seperti koleksi baju raya kucing DD Cat pada lebaran yang lalu, koleksi tahun 2024 ini tetap mengekalkan figura artis tersohor negara, Anna Jobling yang menjadi wajah kepada jenama baju raya kucing DD Cat.

Koleksi baju raya kucing DD Cat pertama kali diperkenalkan pada Hari Raya Aidifitri 2023, mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada para pencinta kucing.

Tahun lalu, sebanyak 15,000 helai koleksi baju raya kucing DD Cat terdiri daripada Baju Melayu, Kurta, Kurung dan Kebaya terjual bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Didorong oleh sambutan luar biasa itulah, untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun ini DD Cat telah menghasilkan sebanyak 25,000 helai baju raya kucing.

Kolaborasi DD Cat bersama Anna Jobling yang terserlah dengan sifat menyayangi haiwan khususnya kucing, pada kali ini tampil dengan idea dan inspirasi rekaan yang eksklusif.

Baju Melayu Kucing DD Cat misalnya, menampilkan songket berkualiti tinggi, manakala koleksi baju kurung dan kebaya kucing DD Cat mengenengahkan fabrik songket dan como crepe polos dengan perincian renda French Lace yang elegan.

Sementara itu, Anna Jobling melahirkan rasa syukur dan gembira kerana mash lagi menjadi sebahagian daripada keluarga DD Cat.

“Semua orang tahu Anna sangat kash dan sayangkan haiwan khususnya kucing. Anna selalu inginkan yang terbaik untuk kucing-kucing Anna.”

“Justeru, Anna akan terus berusaha menyampaikan mesej kepada masyarakat di luar sana untuk sama-sama menyayangi dan menyantuni semua haiwan termasuklah kucing,” ujar Anna Jobling.

Menurut Anna Jobling, untuk koleksi baju kucing DD Cat bertemakan raya sedondon kali ini, beliau terlibat secara langsung dalam menghasilkan rekaan, memilih warna dan fabrik.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat