UMNO cuma boleh bertahan bersama Bersatu hingga Parlimen bubar saja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO berpendirian kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah sebulat suara bersetuju untuk Presiden UMNO mengutuskan surat kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyatakan keputusan bahawa tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.

Katanya, sejak dari awal, UMNO sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina di atas sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan, demi menjaga kemaslahatan rakyat.

“Justeru, keputusan ini dicapai setelah mengambil kira pandangan akar umbi dan mempertimbangkan secara cermat, buruk baiknya keberadaan dalam kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu Ahmad memberitahu bahawa satu perjumpaan khas antara UMNO, Bersatu dan PAS yang diwakili lima kepimpinan tertinggi bagi setiap parti telah diadakan pada 15 Februari 2021.

“Di dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu , (Tan Sri) Muhyiddin meminta agar UMNO membuat pendirian jelas berkenaan kedudukan kerjasama dengan Bersatu sebelum sebarang perundingan pengagihan kerusi dapat diteruskan bagi menghadapi PRU ke-15.

“Bagi maksud tersebut, MKT telah mengadakan mesyuarat pada Jumaat, 19 Februari 2021 untuk membincangkan lanjut hasrat Perdana Menteri tersebut,” jelas Ahli Parlimen Pontian itu. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat