MP PKR Sekijang tak sudi jadi ‘katak’ sokong Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PKR Sekijang, Natrah Ismail mendedahkan dikunjungi utusan kerajaan untuk melamar beliau menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

“Semalam, 3 Mac, saya telah dikunjungi dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’. Dalam pertemuan itu, mereka menceritakan bagaimana saya telah melakukan kerja yang baik di Sekijang dan keinginan mereka untuk membantu saya meneruskan usaha sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Mereka bertanya apakah saya berminat untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta manfaat yang boleh diperolehi dengan pemberian sokongan tersebut.

“Saya dengan terang dan jelas menjawab bahawa saya tidak berminat untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menolak tawaran mereka,” kata Natrah dalam satu kenyataan media, hari ini.

Hal ini kerana bagi beliau tiada erti mendapat manfaat apa sekalipun jika berpaling tadah dari perjuangan reformasi dan melanggar sumpah yang telah saya lafaz apabila menjadi seorang ahli Parlimen.

“Saya telah melaporkan perkara ini kepada pucuk pimpinan PKR. Ini kerana saya percaya usaha jahat untuk menawar habuan dan jawatan atau mendesak serta mengugut ahli-ahli Parlimen PKR serta pembangkang amnya terus berjalan.

“Jelas kerajaan minoriti hari ini bersedia melakukan apa sahaja, kecuali menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen segera. Lawan tetap lawan,” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat