Jadilah penyampai radio bertanggungjawab

Kuala Lumpur: Penyampai radio dan penyanyi, Haiza Hanafi mengingatkan penyampai radio lain termasuk dirinya supaya sentiasa menjaga reputasi dan nama baik majikan dengan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan etika.

Haiza yang sudah sembilan tahun menjadi penyampai radio berkata, menjadi tanggungjawab penyampai radio berfikir sebelum melakukan sesuatu sama ada ketika ke udara atau di media sosial.

“Penyampai radio adalah muka depan untuk stesen radio. Tanggungjawab seseorang penyampai radio itu besar kerana bukan saja membawa nama sendiri, tetapi juga nama stesen radio, keluarga dan banyak lagi.

“Apabila kita sudah menandatangani kontrak untuk bekerja, kita perlu menjaga reputasi majikan dan sentiasa berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu,” katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, majikan wajar mengambil tindakan sekiranya seseorang penyampai itu melanggar etika yang ditetapkan.

“Kalau apa yang dilakukan tidak menjejaskan nama majikan, mungkin tak menjadi masalah. Tapi, bila ia membabitkan nama baik majikan, saya rasa wajar untuk majikan mengambil tindakan,” katanya.

Sebagai penyampai yang kini bekerja di stesen radio Kool FM, Haiza sentiasa mengingatkan dirinya sebelum melakukan sesuatu terutamanya dalam bergurau senda ketika ke udara.

“Kita perlu sentiasa beringat dengan setiap apa yang dituturkan ketika ke udara. Jika tersalah langkah, boleh menjadi sangat bahaya. Rakan seangkatan saya, AG selalu mengingatkan supaya saya menjadi diri sendiri ketika ke udara.

“Dia juga ingatkan saya, penyampai radio tak boleh menyentuh perkara-perkara sensitif contohnya mengaibkan bentuk badan seseorang. Kalau saya nak kongsikan apa-apa pun yang berkaitan bentuk badan, saya akan kaitkan dengan diri sendiri,” katanya.

Terbaru, Haiza kini hadir dengan single baru berjudul Mantan Isterimu ciptaan komposer, Ajai dan lirik oleh Iman Imran.

Harian Metro

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Ejen Ali The Movie ke Brazil

uala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie terus mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021,...

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Pernahkah anda mahu membeli sesuatu barangan, tetapi anda diminta bayar ‘wang pendahuluan’ atau ‘deposit’ terlebih dahulu oleh pihak kedai supaya anda dapat ‘lock’ barangan...

Ramlah Ram belum terbuka hati nak sertai Gegar Vaganza

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV). Ramlah berkata, dia bukan menolak...