Ini Antara Filem Menarik Yang Menanti Anda Di Pawagam Bermula 5 Mac 2021

Kami pasti bahawa anda semua semestinya teruja di saat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan semalam bahawa pawagam akan dibuka semula pada 5 Mac ini. Paling penting, arahan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan mesti dipatuhi.

Lantaran itu, kami kongsikan beberapa treler filem yang wajib anda tonton di pawagam bermula pada 5 Mac ini. Apa yang pasti, filem-filem ini pastinya pecah panggung dan tidak rugi jikalau anda berbelanja lebih untuk membeli tiketnya.

1. Godzila vs. Kong

Saban tahun, pastinya filem berkisahkan dunia raksasa atau Monsterverse merupakan filem yang dinanti-nantikan para penonton. Pada tahun ini. filem Godzila vs. Kong tampil dengan aksi dunia raksasa yang lebih dramatik dan tidak terjangkau di benak fikiran.

Filem ini berkisahkan peperangan yang melibatkan seekor gorila raksasa iaitu Kong yang digunakan oleh manusia untuk membantu mempertahankan dunia daripada ancaman serangan raksasa dua alam iaitu Godzila. Berjayakah Kong menumpaskan Godzila dalam pertarungan epik ini? Sama-sama kita nantikan tayangan filemnya.

2. Doraemon Stand By Me 2

Sesiapa yang mengikuti siri animasi Doraemon, pastinya tahu bahawa semasa zaman kanak-kanak Nobita dipenuhi dengan kisah persabatan antara dia dengan Doraemon, Sizuka, Sunio dan Giant.

Namun jalan cerita dalam filem Doraemon Stand By Me 2 kali ini berbeza sedikit di mana ia mengisahkan kisah sedih dan gembira Nobita yang mengembara ke masa lalu bersama Doraemon untuk bertemu dengan mendiang neneknya.

Berdasarkan treler, nenek Nobita ingin bertemu dengan calon isteri Nobita di masa depan. Untuk tujuan itu, Doraemon ditugaskan untuk membawa Nobita mengembara ke masa hadapan untuk melihat momen-momen indah perkahwinannya. Dengan siapakah Nobita berkahwin dan adakah Sizuka? Tonton filem ini dan baru anda tahu bagaimana kesudahannya.

3. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train

Bagi anda peminat siri anime Demon Slayer, pastinya tidak lengkap jikalau anda tidak menyenaraikan filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train sebagai filem anime wajib ditonton pada tahun ini.

Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja lelaki bernama Kamado Tanjirou yang bersatu dalam pasukan pemburu kuasa jahat syaitan yang digelar sebagai Demon Slayer Corps setelah keluarganya mati dibunuh oleh syaitan.

Berdasarkan treler filem, dapat dilihat Tanjirou bersama para pendekar Demon Slayer masih lagi meneruskan misi mereka dan mengembara ke lokasi lain dengan menaiki kereta api Mugen. Tambah teruja, Tanjirou dan kawan-kawanmnya dapat berkenalan dengan seorang lagi penghapus syaitan yang lain di dalam kereta api itu.

Atas misi yang yang sama, mereka juga mempunyai kuasa menghidu bau syaitan dipercayai berada di dalam gerabak kereta api Mugen. Berjaya atau tidak misi Demon Slayer Corps kali ini? Sama-sama kita tunggu tayangan bagi filem ini.

4. Raya and the Last Dragon

Dari tadi bercerita pasal filem anime sahaja, tidak dilupakan filem animasi The Raya and the Last Dragon terbitan Disney yang juga tersenarai dalam filem wajib tonton bermula 5 Mac 2021 ini.

Berdasarkan treler, dapat dilihat bahawa Disney masih lagi memartabatkan peranan karakter kartun wanita iaitu Raya sebagai watak utama dalam filem ini selepas filem Frozen, Moana dan banyak lagi. Cuma kali ini, kisah Raya lebih mencabar di mana dia bersama kawan setianya, Tuk Tuk diberikan tugasan oleh ayahnya untuk mencari Last Dragon.

Difahamkan hanya Last Dragon sahaja yang dapat membantu Raya menghapuskan kuasa jahat yang telah mencetuskan pergaduhan antara puak-puak di kampungnya itu. Berjayakah Raya menemukan Last Dragon? Jangan lupa saksikan kehebatan aksi perlawanan Raya di pawagam berdekatan anda.

5. The Con-Heartist

Asyik bercerita filem aksi dan animasi sahaja, filem komedi-romantik Thailand yang berjudul The Con-Heartist tidak kurang hebatnya. Kami pasti rata-rata anda pastinya tidak sabar untuk menonton filem ini kerana gandingan hero (Nadech Kugimiya) dan heroin (Baifern Pimchanok Luevisadpaibul) yang pastinya sangat serasi.

Berdasarkan treler, filem ini mengisahkan Ina (Baifern) seorang yang lurus bendul dan sering ditipu oleh teman lelakinya yang juga seorang playboy iaitu Petch (Bank Thiti Mahayotaruk). Petch merayu dan meminjamkan sebanyak 500,000 Baht (~RM66, 700) daripada Ina. Malangnya Ina ditipu dan Petch menghilangkan diri selepas menerima wang pinjaman tersebut.

Ina kemudiannya dibebani hutang dan secara tidak sengaja bertemu dengan Tower (Nadech) seorang con-artist (scammer yang memperoleh wang menerusi penipuan talian operator). Adakah Tower akan membantu Ina untuk mendapatkan kembali wang yang telah dipinjamkan kepada bekas teman lelakinya itu? Sama-sama kita nantikan tayangannya.

The Vocket

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Ejen Ali The Movie ke Brazil

uala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie terus mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021,...

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Pernahkah anda mahu membeli sesuatu barangan, tetapi anda diminta bayar ‘wang pendahuluan’ atau ‘deposit’ terlebih dahulu oleh pihak kedai supaya anda dapat ‘lock’ barangan...

Ramlah Ram belum terbuka hati nak sertai Gegar Vaganza

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV). Ramlah berkata, dia bukan menolak...