COVID-19: Kejayaan Malaysia Atas Usaha Sendiri – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia melandaikan keluk jangkitan COVID-19 sehingga pernah mencapai sifar jangkitan tiga hari berturut-turut adalah atas usaha berterusan semua pihak khususnya seluruh rakyat di negara ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kejayaan itu adalah hasil inisiatif kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lalu.

Malah, katanya, perkara itu tidak merujuk mana-mana model negara lain yang berusaha mengawal jangkitan virus itu.

“Kita pernah berjaya dalam memerangi COVID-19.

“Sebenarnya, apa yang dilakukan Malaysia adalah tidak mengikut mana-mana model negara lain. Ia adalah usaha kita sendiri.

“Ini kerana, tidak sampai dua minggu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk dan barisan Jemaah Menteri mengangkat sumpah, kita isytiharkan pelaksanaan PKP.

“Waktu itu, tidak ada negara di dunia boleh dijadikan contoh sebab semua negara sedang bergelut dengan pandemik ini,” katanya dalam sidang media khas sempena Setahun Malaysia Prihatin, di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Malaysia juga pernah tersenarai lima negara terbaik dunia dalam mengawal pandemik COVID-19.

“Dengan pelaksanaan PKP, kita jadi salah satu lima negara terbaik dunia dalam mengawal penularan jangkitan.

“Usaha yang dibuat ini adalah berdasarkan inisiatif kita sendiri dan pada saya kita pernah berjaya sehingga status PKP boleh ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) suatu ketika dahulu,” katanya

-Astro Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...