“Saya bukan remehkan Islam tapi dedah wajah sebenar DAP, berbeza bila berkuasa” – Tong Keong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong menjelaskan beliau tidak menentang dasar Islam.

Tetapi beliau menekankan ketegasan perlu disuarakan sekiranya wujud layanan tidak adil atau ‘pengaruh’ kehidupan harian serta adat budaya masyarakat bukan Islam.

Tong Keong berkata kenyataan beliau sebelum ini bukan meremehkan kedudukan Islam tetapi mendedahkan ‘wajah sebenar’ DAP yang berpendirian berbeza ketika berkuasa berbanding masa menjadi pembangkang.

“Mereka hampir tidak bersuara dalam isu berkaitan hak orang bukan Islam, serta tidak dapat menyemak semula sebarang dasar yang tidak menguntungkan bukan Islam.

“Ketika DAP menjadi pembangkang, mereka berkali-kali secara lantangnya menentang pelbagai dasar melibatkan Islamisasi dan mengkritik kerajaan kerana mengabaikan hak orang bukan Islam.

“Namun sekarang hanya berdiam diri apabila berada dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau lagi, hal ini bercanggah dengan sifat parti itu yang dahulunya menuduh parti politik lain tidak berani mencabar dasar perkauman dan agama tetapi kini menjadi pelaksana dasar.

Menurut Tong Keong, kemiskinan merupakan isu sejagat dan bukan hanya dihadapi kaum tertentu maka sebarang dasar berkaitan perlu dilaksana secara adil dan saksama tanpa mengira kaum.

“Itu dasar baik jika dapat membantu rakyat miskin dari semua kaum secara sama rata.

“Namun jika kerajaan memperkenalkan dasar perumahan rakyat tetapi hanya membenarkan kaum tertentu membelinya, maka ia adalah satu dasar yang tidak adil dan Gerakan akan menentangnya.” katanya.

Beliau memberi penjelasan itu susulan kenyataan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Salleh yang mengecam beliau yang mengkritik DAP kerana tidak menentang dasar Islam negara semalam.

“Tiada sesiapa pun boleh cuba menggugat perkara itu, langkah mayat kami dahulu,” kata Akmal sambil menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat