PRN Johor: Calon Keperibadian Tinggi Ada Peluang Untuk Menang – Rais Yatim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemimpin politik yang mempunyai personaliti dan keperibadian disenangi rakyat disifatkan lebih mempunyai kelebihan berbanding parti yang diwakili pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata beliau percaya pemimpin seperti Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempunyai peribadi dan sifat ‘menarik’ pada pandangan rakyat boleh memberikan kelebihan kepada parti itu pada PRN Johor kelak.

Mengulas lanjut, veteran politik itu berkata, kedudukan seseorang pemimpin mengikut personaliti sangat mustahak untuk diambil kira dalam menyumbang kepada kemenangan kelak.

“Namun, dari UMNO juga ada beberapa pihak dilihat cemerlang, justeru pada saya pemimpin Melayu yang berjaya menzahirkan perpaduan lebih mendapat tempat.
“Apatah lagi generasi baharu sekarang lebih memilih kepada kualiti seseorang pemimpin,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, Rais melalui Twitternya menulis bahawa kebanyakan pengundi dilihat sudah mula berpendirian bahawa faktor individu iaitu siapa yang harus dipilih lebih penting berbanding parti yang dipilih pada musim pergolakan politik ini.

Ini kerana, Rais berkata, parti politik kini dilihat amat mudah melupakan janji dibuat ketika pilihan raya dan perlembagaan mereka.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Rais berkata, beliau bukan mahu menidakkan kepentingan parti kerana institusi itu juga berperanan penting khususnya dalam menggerakkan jentera yang selalunya memerlukan perbelanjaan besar.

“Bukan tolak sama sekali kepentingan parti kerana tanpa kewangan kukuh daripada parti, tidak boleh melakukan gerak kerja dan sebab itu parti yang kukuh kewangan selalunya menang.

“Namun, mungkin kini ramai rakyat sudah terasa dan mereka melihat siapa yang mewakili parti itu, sahsiahya dan keterampilan seseorang diambil kira.

“Ini kerana sekarang ini banyak kewujudan parti Melayu bercanggah dengan satu sama lain, sehingga tidak nampak bibit perpaduan,” katanya.

Beliau berkata, pentadbiran negara akan menjadi lebih kukuh jika orang Melayu bersatu di bawah satu atau dua parti saja berbanding situasi sekarang yang banyak parti.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat