MEF Sambut Baik Cadangan Buka Semula Semua Sektor Perniagaan Dengan SOP Lebih Ketat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cadangan pembukaan semula semua sektor perniagaan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Feb depan, adalah langkah positif untuk masa depan.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, langkah itu akan melindungi orang ramai daripada penularan COVID-19, melindungi punca pendapatan rakyat dan meningkatkan kelestarian perniagaan, terutamanya perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Keputusan seumpama itu akan membuka laluan ke arah pemulihan ekonomi yang lebih cepat.

“Ia juga akan memberikan lebih kelegaan kepada PKS dan perusahaan mikro yang tidak boleh beroperasi sepenuhnya sejak Mac tahun lepas seperti peruncit dan pendandan rambut.

“Mereka akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memulakan semula operasi dan meneruskannya tanpa gangguan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata majikan perlu mengambil langkah lebih serius dalam mematuhi SOP untuk membantu menghentikan penularan COVID-19 terutamanya di tempat kerja dan menggunakan kelengkapan perlindungan diri sekiranya perlu.

“Hanya dengan bekerjasama – kerajaan, majikan dan pekerja akan berupaya menangani pandemik ini,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat