PDRM Kesan Mesej Tular Aktiviti ‘Push-Pocket’, Peras Ugut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran mesej tular di platform media sosial yangmemberi amaran kepada rakyat Malaysia kononnya terdapat kegiatan jenayah ‘push-pocket’ dan peras ugut.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, sebaran mesej tular itu memberitahu wujudnya kegiatan jenayah ‘push-pocket’ dan peras ugut yang berlaku di kawasan tumpuan ramai seperti lapangan terbang dan stesen transit aliran ringan (LRT).

“Penjenayah didakwa akan menyelinapkan telefon bimbit atau dompet ke dalam poket atau bagasi mangsa sebelum mendekati mangsa dan menuduhnya sebagai pencuri.

“Mangsa seterusnya didesak membayar sejumlah wang dengan alasan untuk menyelesaikan kes sekiranya tidak bersetuju, mangsa diugut bahawa kejadian “curi” akan dilaporkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas beliau, semakan mendapati mesej amaran yang tular tersebut sejak 2016 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial. Bagaimanapun, semakan mendapati tiada sebarang laporan polis diterima mengenai modus operandi penipuan sedemikan.

“Orang ramai diminta agar tidak mudah percaya dengan sebaran mesej yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat,” ujar Noorsiah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat