UMNO Akan Terkubur Jika Jawatan Utama Tidak Dipertandingkan – Ketua UMNO Bahagian Alor Setar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya benar dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan parti akan ditimpa mudarat lebih besar.

Bukan ahli Umno sahaja hilang kepercayaan tetapi rakyat juga akan berpaling muka dari Umno,” tegas Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Yusof Ismail

“Mana kita lagi sanggup tengok? Umno kekal dihormati ahlinya sendiri walaupun segelintir akan menyalak kerana hilang kuasa, atau Umno dikuburkan rakyat buat selama-lamanya? Soal beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Yusof berkata, semakin dekat Perhimpunan Agung Umno Khas, semakin banyak pendapat menyokong dan menyanggah supaya jawatan Presiden dan Timbalan dipertandingkan.

“Bagi yang mahu pemilihan diadakan ada sebab tersendiri, yang enggan pula ada kepentingan serta sebab tertentu.

“Manakala yang tidak mahu pemilihan mempunyai pelbagai alasan. Walak kepada pemimpin lah, setia kepada Presiden lah. Paling mual, nak pastikan kestabilan untuk hadap Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Alasan sama sebelum PRU15. Konon untuk pastikan parti kuat dan menang. Menang apanya? Kalah teruk lagi ada. Paling teruk dalam sejarah. 26 kerusi sahaja berbanding 54 kerusi PRU-“14,” bidas beliau.

Paling tidak kata Yusof, sebelum PRU15 Umno kuasai kerajaan.

“Umno Perdana Menteri. Pergi desak PRU15 diadakan atas alasan kestabilan, sudahnya lagi porak peranda.

“Sekarang nak sekat demokrasi dengan alasan kestabilan lagi? Hanya yang gila kuasa dan kemaruk jawatan serta kepentingan sahaja tak tahu malu guna alasan konon suci macam ni.

“Jutaan lagi ahli Umno tahu sangat agenda masing-masing,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat