GRS Sedia Buktikan Keabsahan Kerajaan Negeri Pimpinan Hajiji

- Advertisement -

KOTA KINABALU — Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun berkata pihaknya bersedia membuktikan keabsahan sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Jelasnya, ketika ini, Hajiji menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk terus memimpin kerajaan Negeri yang ada sekarang.

“Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu.

“Suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan.

“Mereka termasuk kesemua tujuh (7) ADUN Pakatan Harapan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan ada pihak tertentu yang mendakwa memperolehi sokongan lebih separuh daripada ADUN untuk membolehkan kumpulan berkenaan menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang baharu.

Terdahulu, Hajiji yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah bersama semua wakil rakyat Bersatu mengumumkan keluar daripada parti berkenaan.

Hajiji memaklumkan keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat