UMNO Gua Musang tolak Bersatu, letak PAS syarat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Gua Musang sepakat menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu selepas mendengar pandangan dan suara akar umbi.

Ahli Parlimennya, Tengku Razaleigh Hamzah sebaliknya menegaskan, UMNO Gua Musang mahu parti itu memperkukuhkan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh meletakkan syarat bahawa kerjasama dengan PAS juga perlu dikaji semula sekiranya parti itu tidak mengutamakan hubungan dengan UMNO dalam MN.

Beliau berkata pendirian itu diputuskan dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Gua Musang yang diadakan pada Sabtu lalu.

Selain itu, katanya, UMNO Gua Musang juga mendesak pilihan raya diadakan pada suku pertama tahun ini dan sekiranya gagal dilaksanakan, maka ahli Parlimen UMNO perlu menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Persoalan yang UMNO hadapi kini ialah persoalan hidup mati, persoalan masa depan dan survival parti,” kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan.

Berikut keputusan dibuat mesyuarat perwakilan Umno bahagian Gua Musang:

1) Menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu berdasarkan suara akar umbi ahli-ahli peringkat cawangan.

2) Mencadangkan supaya PRU diadakan dalam suku pertama 2021, bagi menyerahkan mandat kepada rakyat dan sekiranya PRU tidak dapat diadakan dalam masa terdekat, maka ahli Parlimen UMNO mestilah menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

3) Mendesak UMNO bertanding tidak kurang daripada jumlah kerusi Parlimen dan negeri yang ditandingi dalam PRU ke-14 (dalam tahun 2018) yang lepas.

4) Mencadangkan supaya UMNO bahagian diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih dan menentukan calon Pilihan Raya Umum ke-15.

5) Mengukuhkan kerjasama antara UMNO dan PAS melalui pengukuhan Muafakat Nasional. Kerjasama ini perlu dikaji semula sekiranya PAS tidak mengutamakan hubungan dengan Umno dalam Muafakat Nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat