Tanah runtuh, jalan ditutup, dua nyawa diragut banjir setakat ini

Tok Mat cadang orang bandar tanam sayur dalam pasu, jimat kos sara hidup

KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan terutamanya bekalan bahan mentah. Katanya, sejak pandemik Covid-19...

Kerajaan perkenal dasar ‘Manhaj Rabbani’

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan Dasar Manhaj Rabbani sebagai dasar pentadbiran Islam yang berpaksikan tiga ciri utama -- Thaqafah (keilmuan), Ruuhaniyyah (kerohanian) dan Da’wah (aktivisme). "Dasar Manhaj...

PPIM gesa kerajaan beri maklumat jelas jika mahu laksana lockdown

CYBERJAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap kerajaan memberi maklumat yang jelas tindakan bagi membendunv penularan jangkitan Covid-19. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata...

Najib, Puad tuntut penjelasan menteri kluster tempat kerja jadi lubuk Covid-19

KUALA LUMPUR – Menteri tidak sepatutnya menyalahkan rakyat berhubung penularan tinggi Covid-19 di tempat kerja sekiranya sektor berkenaan dibenarkan terus beroperasi meskipun negara sedang...

UMNO Tanjung Malim nafi gantung kain rentang desak Ahmad Zahid letak jawatan

TANJUNG MALIM- Susulan paparan kain rentang yang mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO satu laporan polis dibuat menafikan...

KUALA LUMPUR:  Situasi banjir dan hujan lebat dalam negara semakin bertambah buruk apabila bencana itu meragut sekurang-kurangnya dua nyawa, selain terdapat individu yang dikhuatiri lemas setelah hilang dihanyutkan arus deras.

Selain itu, beberapa jalan raya turut ditutup akibat dinaiki air, selain hujan lebat berterusan menjadi punca kepada bencana tanah runtuh, menyebabkan hasrat pengguna yang ingin meneruskan perjalanan pulang daripada bercuti atau bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain juga tergendala.

Beberapa buah bandar juga sudah mula mengalami banjir iaitu seperti Kuantan dan Maran di Pahang dan juga Kluang serta Kota Tinggi di Johor mengakibatkan aktiviti seharian masyarakat terganggu.

Tular juga beberapa video yang diambil warga maya dan dikongsi di aplikasi media sosial menunjukkan cubaan penunggang motosikal yang cuba meredah banjir namun akhirnya berakhir dengan kenderaan mereka dihanyutkan air begitu sahaja.

Sehubungan itu polis mengingatkan dan menasihtakan pengguna jalan raya supaya tidak mengambil risiko berbuat demikian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Setakat ini dua individu dilaporkan menjadi korban banjir, dengan seorang wanita tempatan Halijah Majid, 59, ditemukan lemas semalam selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang dipenuhi air sedalam dua meter di Jalan Setia, Kampung Contoh dekat Kluang, Johor.

Hari ini pula, seorang kanak-kanak lelaki, Muhamad Amsyar Mohd Zamri, 5, lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Jerong Bikam, Sungkai, Perak dipercayai ketika bermain air di sungai itu dalam hujan lebat.

Selain itu, Md Rajihan Junaidi, 28, dikhuatiri lemas selepas lelaki itu hilang dihanyutkan arus bersama kereta Proton Waja dipandunya dalam kejadian di Batu 18, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang dekat Kluang, Johor, petang semalam.

Sementara itu, hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa jalan di Pahang terpaksa ditutup akibat tanah runtuh atau dinaiki air

Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata Jalan Raub-Bukit Fraser ditutup kepada semua kenderaan pada tengah hari ini ekoran tanah runtuh di Km4 dan Km6 yang menyebabkan laluan di lokasi itu terhalang oleh longgokan tanah serta pokok tumbang.

Situasi bertambah memburuk apabila kira-kira 13 kenderaan terkandas antara dua tanah runtuh dalam kejadian itu kira-kira pukul 1.30 tengah hari dan mangsa sedang beransur-ansur dibawa naik semula ke Bukit Fraser dengan berjalan kaki untuk bermalam di Bukit Fraser dengan merentasi kawasan terhalang.

Menurut polis tiada kemalangan jiwa berlaku namun mangsa terpaksa meninggalkan kenderaan masing-masing di tempat kejadian dan diminta berteduh di Dewan Majlis Daerah Bukit Fraser buat masa ini.

Terdapat satu lagi laluan yang ditutup ekoran tanah runtuh iaitu jalan lama Bentong-Raub, Pahang sementara laluan Km198 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) antara Gambang dan Sri Jaya di Kuantan, yang dinaiki air telah dibuka semula pada 3.30 petang kepada semua kenderaan.

Sekurang-kurangnya 15 laluan di Pahang ditutup akibat dinaiki air yang antaranya Jalan Jerantut-Maran, Jalan Padang Piol-Sungai Rentang, Jalan Kota Gelanggi dan Jalan Ulu Retang ke Merting.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini pula memaklumkan setakat 4 petang, sebanyak 76 pusat pemindahan dibuka di 14 daerah di seluruh negara.

Ketua Komunikasi Korporat NADMA Nur Daliza Dohat dalam kenyataan tersebut, 76 pusat pemindahan itu yang melibatkan 25 di Pahang dan 51 di Johor menempatkan 7,070 mangsa daripada 1,886 buah keluarga.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran cuaca bahaya dan menjangkakan hujan sangat lebat berterusan di Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Mersing) sehingga esok.

-BERNAMA

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Berita Berkaitan

Tok Mat cadang orang bandar tanam sayur dalam pasu, jimat kos sara hidup

KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan terutamanya bekalan bahan mentah. Katanya, sejak pandemik Covid-19...

Kerajaan perkenal dasar ‘Manhaj Rabbani’

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan Dasar Manhaj Rabbani sebagai dasar pentadbiran Islam yang berpaksikan tiga ciri utama -- Thaqafah (keilmuan), Ruuhaniyyah (kerohanian) dan Da’wah (aktivisme). "Dasar Manhaj...

PPIM gesa kerajaan beri maklumat jelas jika mahu laksana lockdown

CYBERJAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap kerajaan memberi maklumat yang jelas tindakan bagi membendunv penularan jangkitan Covid-19. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata...