Perjuangan BERSATU Bersifat Retorik Dan Tidak Ikhlas- Aziz Kaprawi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Lebih 140 bahagian UMNO seluruh negara menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana parti tersebut tidak ikhlas dan jujur serta bersifat retorik semata-mata, kata  bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MT), Datuk Aziz Kaprawi.

Menurutnya, sebab utama kebanyakkan bahagian-bahagian UMNO menolak kerjasama tersebut disebabkan parti BERSATU tidak ikhlas dan jujur dalam menjalinkan kerjasama politik bersama UMNO dan PAS.

“Laungan Penyatuan Ummah oleh pemimpin BERSATU hanya bersifat retorik dan sebagai alasan untuk meneruskan kerjasama yang berat sebelah,

“Mereka (BERSATU) juga banyak menekan UMNO sebagai parti yang banyak menyumbangkan kerusi majoriti terhadap pembentukan kerajaan ketika ini,” ujarnya.

Ujar Aziz lagi, penubuhan awal BERSATU pada dasarnya hendak menjatuhkan UMNO dan BN ketika itu. Mereka juga sanggup bersekongkol dengan DAP, PKR pada PRU14 lepas.

Malah katanya, BERSATU telah berkongsi ‘dosa’ ketika mentadbir negara bersama Pakatan Harapan (PH) dengan pelbagai isu yang mana sehingga kini masih belum mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Tidak perlulah BERSATU untuk menjadi juara melaungkan Penyatuan Ummah apabila hakikat sebenarnya jelas menunjukkan mereka yang pada awalnya telah menggadaikan prinsip demi kuasa,” tegas beliau.

Dalam pada itu, UMNO akan memperkasakan kerjasama bersama parti PAS bagi menghadapi PRU15 nanti kerana persafahaman yang baik melalui Muafakat Nasional (MN), katanya.

“Persefahaman inilah menjadi kunci kepada penerimaan semula rakyat terhadap UMNO dan MN ini berupaya untuk sebuah kerajaan yang stabil dan seterusnya berupaya untuk mencartakan kembali sebuag pelan pemulihan ekonomi yang memfokuskan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” tegasnya. -SuaraTV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat