Kini UMNO Lawan UMNO?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hangat serang-menyerang dalam mesyuarat UMNO Bahagian yang berlangsung mutakhir ini, sehingga timbul situasi UMNO lawan UMNO.

Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin dalam catatan di Facebooknya berkata, UMNO yang berjawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) lawan UMNO tanpa jawatan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada usul-usul politik yang dikemukakan UMNO Bahagian rata-ratanya mengecam tindakan pucuk pimpinan UMNO.

“UMNO lawan UMNO.

“UMNO yang berjawatan dalam kerajaan PN, lawan UMNO tanpa jawatan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas atmosfera politik semasa, A. Kadir mempersoalkan sama ada ini merupakan ujian mutakhir pegangan dan perjuangan politik UMNO atau segala-galanya kerana kuasa dan duit.

Rentetan rata-rata usul politik UMNO akar umbi yang mendesak pucuk pimpinan parti ‘menceraikan Bersatu’ yang dianggap gunting dalam lipatan.

Bahkan, Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mahu mengusulkan supaya Setiausaha Agung parti itu, Tan Sri Annuar Musa dipecat.

Katanya, UMNO perlu mengambil tindakan tegas dengan memecat keahlian Annuar selepas beliau dilihat menjadi tali barut dan jurucakap kepada Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat