Jazlan Lepas Jawatan Pengerusi MPOB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Keputusan meninggalkan lembaga itu dibuat sehari selepas beliau memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar segera membubarkan Parlimen atau beliau akan melepaskan jawatan dalam kerajaan, semalam.

“Pada hari ini, 4 Januari 2021 jam empat petang, saya telah menghantar surat perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MPOH yang berkuatkuasa mulai 6 Januari 2021.

“Surat perletakan jawatan saya telah di serahkan kepada Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di pejabat nya sebentar tadi,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Tindakan itu disifatkan sebagai langkah drastik memandangkan Jazlan pada mulanya memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada PN.

Semalam selepas mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Machang, Jazlan berkata suara akar umbi dan prinsipnya perlu ditegakkan selepas 12 bahagian UMNO di Kelantan meluluskan usul untuk tidak meneruskan kerjasama dalam kerajaan PN.

“Kalau saya tarik diri saya akan sertakan sekali perletakan jawatan dalam kerajaan, kerana saya tidak pentingkan jawatan, saya pentingkan maruah,” tegasnya.

Jazlan yang merupakan Ahli Parlimen Machang menyuarakan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya sepanjang menjadi pengerusi MPOB.

“Saya juga menghargai segala kerjasama yang telah diberikan oleh ahli lembaga, pegurusan dan seluruh warga MPOB di sepanjang perkhidmatan saya bersama agensi ini,” katanya.

Dilantik pada April lalu, beliau adalah antara lantikan UMNO yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam syarikat berkaitan kerajaan dan agensi kerajaan dalam usaha meraih sokongan.

Peletakan jawatan ini di saat pergeseran antara Bersatu dan UMNO kembali hangat, antaranya dengan 189 daripada 191 bahagian Umno dilaporkan membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat