Fasa kedua Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi berjumlah RM17.1 juta – Wan Junaidi

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

PUTRAJAYA:  Fasa kedua Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi dengan peruntukan RM17.1 juta bermula bulan ini (Januari) hingga Mei depan bagi memastikan kelestarian operasi perniagaan usahawan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi, usahawan sosial, startup dan usahawan informal.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata fasa kedua itu berlandaskan pendekatan 5E iaitu ‘enculture, enable, empower, energise dan engage’, yang juga merupakan hala tuju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi 2021 untuk membangun lebih sejuta PMKS sebagai tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Menurutnya, fasa pertama Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang bermula Mei hingga Disember 2020 telah melaksanakan 20 program dengan peruntukan RM171 juta yang memanfaatkan 12,138 orang, sebanyak 96.52 peratus daripadanya adalah Bumiputera.

Pada majlis amanat MEDAC dan pelancaran hala tuju 2021 yang berlangsung di sini hari ini, Wan Junaidi berkata dua perkara utama tahun ini iaitu pelaksanaan 5E dan pelancaran Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKoM) dalam masa terdekat akan memastikan gerakan koperasi memberi manfaat kepada kesejahteraan anggota koperasi, di samping memastikan koperasi berdaya saing, lestari dan mampan.

“Dengan keahlian melebihi enam juta, sektor koperasi merupakan platform terbaik untuk meningkatkan tahap pendapatan dan sosio-ekonomi masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata TransKoM mensasarkan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi yang mengkhususkan kepada pendidikan koperasi dan keusahawanan.

Ditanya kos yang terlibat untuk TransKoM, beliau berkata sudut kewangan bagi proses transformasi melibatkan pembangunan asas dan pengurusan untuk menggalakkan penglibatan anak muda, tidak membimbangkan kerana pihak koperasi mempunyai modal pusingan RM350 juta yang boleh diguna pakai untuk TransKoM.

Mengenai 5E, Wan Junaidi berkata ia seiring dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030) untuk memastikan keusahawanan kekal sebagai penyumbang utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara, sekaligus menyokong agenda kerajaan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021.

Menurutnya, 5E iaitu enculture adalah usaha membudayakan pemikiran dan nilai keusahawanan dengan penciptaan kreatif dan inovatif, enable pula bertujuan mengupayakan usahawan informal sebagai usahawan formal yang berdaftar, manakala empower menumpu kepada pemerkasaan PMKS dalam memulihkan perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19,

Energise memberi fokus kepada usaha menyuntik tenaga baharu kepada gerakan koperasi dan engage pula untuk mempertingkatkan sesi libat urus sama ada secara dalam talian atau bersemuka agar program MEDAC difahami masyarakat, katanya.

Mengenai pencapaian MEDAC pada 2020, Wan Junaidi berkata MEDAC telah menawarkan pelbagai bantuan pembiayaan berjumlah RM1.48 bilion kepada 53,449 usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sehingga Disember 2020 melalui agensi seperti SME Bank, Bank Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), Perbadanan Nasional Bhd (PNS) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Secara keseluruhannya, dari segi pelaksanaan peruntukan, MEDAC merekodkan pencapaian membanggakan kerana berjaya menyalurkan 99.3 peratus yang diperuntukkan di bawah Belanjawan 2020,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata satu kertas Kabinet akan dibentangkan berhubung cadangan untuk setiap bantuan yang disalurkan kerajaan adalah sejajar dengan keperluan usahawan.

“Contohnya ada PMKS tidak mendaftarkan perniagaan kerana risau tidak layak menerima BSH (Bantuan Sara Hidup). Kalau tidak didaftar (perniagaan) susah untuk kerajaan bantu dan mereka tidak dilindungi dari segi insuran.

“Namun kebimbangan usahawan ada asas, contoh kalau daftar syarikat menjadi director, maka BSH tidak layak terima, Jadi MEDAC akan membawa isu ini kepada kerajaan supaya jangan dihukum orang daftar syarikat dengan tidak memberi bantuan kalau mereka masih dalam B40,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...