Bekas Menteri Kesihatan meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng meninggal dunia hari ini.

Berita kematiannya dimaklumkan anaknya, Damien Chua tanpa memperincikan lanjut sebab pemergiannya.

“Dengan sedih dimaklumkan bahawa Datuk Dr Chua Jui Meng telah kembali untuk bersama Tuhan (meninggal dunia) hari ini. Beliau kini sudah mencapai kehidupan kekalnya,” katanya.

Mendiang sebelum ini pernah menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan selama sembilan tahun bermula pada 1995 hingga 2004 dan menjadi wakil rakyat bagi Parlimen Bakri selama lima penggal dari 1986 hingga 2008.

Beliau pernah bersama MCA dan menjadi naib presiden parti itu, sebelum menyertai PKR pada 2009, kemudiannya menggalas tugas sebagai Pengerusi PKR Johor.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segamat dari PKR, R Yuneswaran, mengesahkan kematian Jui Meng di akaun Facebook sebentar tadi

“Salam takziah kepada keluarga Datuk (Dr) Chua Jui Meng. Beliau telah kembali ke Penciptanya pada petang tadi.

“Beliau adalah mantan Menteri Kesihatan, mantan Pengerusi MPN Johor (2009-2014) selain mantan Naib Presiden PKR selepas beliau keluar dari MCA.

“Beliau antara faktor utama saya giat aktif dalam PKR seawal 2008 dan saya berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja waktu beliau menjawat jawatan Pengerusi MPN pada 2012.

“Sumbangan beliau amat besar kepada sektor kesihatan negara serta politik tanah air malah saya sempat jumpa mendiang beberapa minggu lalu di Segamat, pada 28 Oktober lalu untuk makan tengah hari bersama. Rest In Peace Datuk,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat