‘Ambil dos penggalak atau dianggap tidak lengkap vaksin’

- Advertisement -

SINGAPURA: Kira-kira 70,000 penduduk di negara ini yang menerima dua dos vaksin Sinovac-CoronaVac atau Sinopharm COVID-19 dan layak mendapatkan dos ketiga perlu berbuat demikian sebelum 31 Disember bagi mengekalkan status vaksinasi.

Individu yang gagal berbuat demikian tiga bulan selepas lengkap dos kedua dianggap tidak divaksin sepenuhnya.

Sejak kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) giat menghantar SMS kepada individu yang layak mendapatkan dos ketiga sekurang-kurangnya tiga bulan selepas dos kedua mereka.

“Untuk mengekalkan status vaksinasi sepenuhnya mulai 1 Januari 2022 dan seterusnya, mereka amat digalakkan mengambil dos ketiga sebelum 31 Disember 2021, selagi dos kedua mereka telah diberi tiga bulan lalu.

“Selepas tempoh ini, status vaksinasi individu itu akan kembali kepada ‘vaksinasi sedang dijalankan’ dan akan tertakluk pada Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS), serta Langkah Vaksinasi Tenaga Kerja, yang kedua-duanya akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022,” kata MOH dalam kenyataan semalam.

MOH berkata penerima dua dos vaksin Sinovac-CoronaVac atau Sinopharm sangat digalakkan mengambil vaksin mRNA termasuk Pfizer atau Moderna bagi dos ketiga kecuali mereka tidak layak dari segi perubatan.

Individu ini boleh pergi ke mana-mana pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin mRNA untuk mendapatkan dos ketiga itu.

Jika tidak, mereka harus mengambil dos ketiga vaksin Sinovac-CoronaVac atau Sinopharm, bergantung pada vaksin yang diambil bagi dua dos pertama.

Orang yang mengalami alahan terhadap dos pertama vaksin mRNA dan menerima vaksin Sinovac-CoronaVac untuk dos kedua juga harus melengkapkan dos ketiga vaksin Sinovac-CoronaVac 28 hari selepas dos kedua bagi mengekalkan status vaksinasi mereka.

MOH turut mengingatkan keperluan individu yang tidak divaksinasi menjalani ujian praacara (PET) sebagai ganti vaksinasi sepenuhnya akan ditiadakan mulai 1 Januari depan.

Oleh itu, hanya individu yang divaksin sepenuhnya, yang sudah pulih daripada jangkitan itu, atau tidak layak dari segi perubatan, atau kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah (iaitu mereka yang lahir pada tahun 2010 atau selepas), akan dibenarkan memasuki tempat dan menyertai aktiviti di mana VDS dilaksanakan.

Menerusi Langkah Vaksinasi Tenaga Kerja bermula 1 Januari, MOH juga akan menghentikan pelaksanaan ‘Vaksin atau Ambil Ujian Secara Kerap’ secara berperingkat bagi semua sektor yang melaksananya mulai 1 Januari juga.

Di bawah peraturan itu sebelum ini, pekerja yang tidak divaksinasi perlu mengambil ujian secara kerap. Bagaimanapun mulai 1 Januari, hanya pekerja sudah divaksinasi atau baru pulih daripada jangkitan akan dibenarkan pergi ke tempat kerja, di bawah Langkah Vaksinasi Tenaga Kerja itu. – AGENSI

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat