‘Zahid Ibrahim & Co’ Bukan Milik Mohd Zaid Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Firma guaman Zaid Ibrahim & Co menyatakan bahawa setiap masa material nama ‘Zaid Ibrahim & Co’ dan nama baiknya menjadi milik firma tersebut dan bukan milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim.

Firma tersebut berkata nama baik tersebut dikembangkan melalui usaha semua rakan kongsi firma itu yang berterusan selepas Mohd Zaid berhenti memiliki kepentingan dalam firma itu pada Mac 2008.

Menurutnya, selama kira-kira 12 tahun setelah plaintif (Mohd Zaid) berhenti mempunyai kepentingan, firma itu telah memberikan perkhidmatan profesional tanpa sebarang anak guamnya diperdaya atau dikeliru bahawa khidmat yang disediakan oleh atau dengan acara apa pun ada kaitan dengan plaintif secara peribadi.

“Kepentingan, nama baik dan gaya firma ‘Zaid Ibrahim & Co’ tidak dimiliki atau dengan apa cara pun berkaitan dengan plaintif,” kata firma itu dalam kenyataan pembelaan yang difailkan menerusi Tetuan Tommy Thomas hari ini.

Zaid Ibrahim & Co, selaku defendan tunggal, berkata apabila Mohd Zaid dilantik sebagai menteri Kabinet pada Mac 2008, secara perundangan, beliau dilarang memiliki sijil amalan guaman kerana bekerja sebagai menteri dalam tempoh tersebut.

Firma itu menyatakan secara perundangan, plaintif tidak boleh terus mempunyai sebarang kepentingan dalam firma itu sama ada ekuiti firma atas nama ‘Zaid Ibrahim & Co’ mulai Mac 2008.

“Akibatnya, plaintif terpaksa memeterai Perjanjian Jual Beli bertarikh 24 Mac 2008 dengan Chew Seng Kok dan Datuk Seri Dr Nik Norzul Thani Nik Hassan Thani, di mana plaintif menjual semua baki ekuitinya di firma itu kepada Chew dan Nik Norzul dengan harga pembelian sebanyak RM26.65 juta.

‘Di bawah perjanjian itu, ia dipersetujui bahawa harga pembelian akan dibayar secara ansuran selama 20 tahun, bermula 31 Mac 2008 dengan pembayaran terakhir harus dibuat pada tahun ke-21 iaitu pada tahun 2029. Plaintif telah membuat bayaran mengikut terma perjanjian,” katanya.

Pada 18 Nov lalu, Mohd Zaid memfailkan saman terhadap firma itu dengan memohon injunksi menghalang firma itu daripada terus menggunakan namanya dalam amalan guaman dan mengembalikan nama firma tersebut kepadanya.

BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat