Tarik Balik Semua Bekalan Daging Tak Halal – Razlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Razlan Rafii mencadangkan kerajaan mewujudkan satu pasukan khas bagi mengenal pasti rangkaian edaran daging di negara ini.

Hal ini katanya, soal halal dan haram adalah perkara serius dan memerlukan perhatian kerajaan.

“Saya minta diwujudkan task force khas dan perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengenal pasti rangkaian edaran daging-daging ini.

“Ia melibatkan halal dan haram.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu kerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk menarik kesemua daging ini dari kedai-kedai yang telah mendapat bekalan.

“Ini perkara serius,” tegas Razlan.

Baru- baru ini Sinar Harian dalam laporannya membongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia terbongkar dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor.

Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.

Tindakan itu dibuat bagi menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.

Operasi diketuai oleh KPDNHEP itu mendapati kartel terbabit mengupah pekerja warga asing bagi melakukan kerja pembungkusan semula dengan mereka diberi kemudahan asrama penginapan di situ.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat