Kedah Jumpa Mineral RM60 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Kedah meluluskan permit kepada sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Lumpur bagi meneroka mineral di negeri tersebut yang dianggarkan bernilai RM60 bilion.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata mineral jenis ‘rare earth elements’ (REE) dan tidak beradioaktif itu ditemukan di Sik, UIu Muda di Baling, Kedah serta sedikit di Lenggong, Perak.

Memetik laporan Berita Harian beliau berkata, penggunaan REE kini sangat meluas bagi pembuatan komponen peranti seperti telefon pintar, komputer riba dan peranti lain.

“Permit diluluskan minggu lalu dan syarikat ini akan bekerjasama dengan syarikat antarabangsa untuk melaksanakan kerja penerokaan di satu kawasan di Sik dengan cara mengekstrak mineral tanpa membabitkan aktiviti perlombongan.

“Sebenarnya penemuan mineral ini dikesan lebih 20 tahun lalu namun ia tidak popular pada ketika itu, tapi sekarang ia digunakan secara meluas untuk membuat komponen peranti,” katanya, semalam.

Jelas Muhammad Sanusi, pihaknya memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dalam usaha merangka dasar bersesuaian supaya kekayaan sumber asli itu dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat negeri ini.

Selain itu, katanya Majlis Tanah Negara yang bermesyuarat dua bulan lalu juga sudah meluluskan satu rangka dasar mineral negara yang akan dimuktamadkan nanti.

“Saya yakin Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan merangka dasar yang sesuai dengan kehendak Majlis Tanah Negara berkaitan dasar mineral negara.

“Sebelum ini hasil bumi, sumber asli negara diangkut untuk mempercepatkan revolusi industri di Perancis, Britain dan negara lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat