‘PKR sepakat akan tolak usul undi percaya terhadap MB Perak’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketiga-tiga Adun PKR Perak memutuskan untuk tidak akan menyokong usul undi percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada persidangan dewan undangan negeri Perak akan datang.

Malaysiakini melaporkan, pada sidang media hari ini, Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing berkata, bahawa PKR Perak telah memutuskan dalam satu mesyuarat untuk menolak usul yang dibawa oleh Adun Pengakalan Baharu UMNO, Datuk Abdul Manaf Hashim.

“Kedudukan kami adalah, jika usul itu dibahaskan dalam DUN, kami tidak akan menyokong usul itu, kami tidak akan menyokongnya (Ahmad Faizal),” katanya.

“Ini adalah usul yang dibawa oleh wakil rakyat kerajaan. (Kami tidak tahu) jika ada agenda tersembunyi di belakangnya, misalnya untuk menunjukkan sokongan atau sebaliknya, kamu harus tanya (Abdul Manaf),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Adun Pengkalan Baru dari UMNO, Datuk Abdul Manaf Hashim membawa usul undi percaya kepada Ahmad Faizal pada sidang DUN yang akan berlangsung 4 Dis ini.

Perkembangan itu berikutan ketidakpuasan hati UMNO Perak, yang sebelum ini meminta Faizal berhenti “bermain politik”.

Ia menyusuli pelantikan seorang wakil rakyat parti itu, iaitu ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim, sebagai setiausaha politik Faizal yang dikatakan dibuat tanpa kebenaran Penegrusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Berikutan itu, Saarani dilaporkan berkata Faizal merendah-rendahkan UMNO apabila berkata, beliau tidak perlu mendapat kebenaran parti itu untuk melantik ADUN berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat