Belanjawan 2021 KPDNHEP Peringkat Jawatankuasa Lulus

- Advertisement -

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Perdagangan Dalam.Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebentar tadi.

Belanjawan yang dibentang pada peringkat Jawatankuasa ini telah dipersetujui melalui undian suara yang menyokong, dimana tiada undian belah bahagian dijalankan.

Pada tahun 2021, Kementerian ini akan menerima peruntukan berjumlah RM708.8 juta seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Senator Dato’ Seri Tengku Zafrul pada sesi Perbentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lepas.

Ia merangkumi peruntukan tertinggi diperoleh KPDNHEP daripada Belanjawan 2021 berjumlah RM400 juta yang akan disalurkan bagi melaksana program penstabilan harga minyak masak.

Berdasarkan hebahan maklumat dikongsikan Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi di laman Facebooknya, kementeriannya turut memperoleh peruntukan RM200 juta bagi program pengedaran barang perlu, gas cecair petroleum (LPG) dan ‘Community Drumming’.

Selain itu, peruntukan RM40 juta bagi subsidi tepung gandum serta program penyeragaman harga barang di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Sementara itu, program beli barangan buatan Malaysia yang dilancarkan kerajaan sebelum ini menerima dana RM20 juta.

Sebanyak RM5 juta dan RM3.8 juta pula masing-masing disalurkan bagi program pembangunan francais mikro dan francais mampu milik serta pembangunan francais.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat