‘Lakonan tak perlu dibuat-buat’

- Advertisement -

AURA seorang pelakon akan muncul tatkala dia berjaya membawakan pelbagai watak berbeza sepanjang kerjaya lakonannya.

Bagi pelakon yang juga penyanyi Azira Shafinaz,

kemampuan lakonannya teruji apabila kini hadir dalam karya komedi misteri, Isteri Misteri.

Pertama kali berlakon dalam drama bergenre komedi, Azira yang juga anggota kumpulan De Fam menganggap cabaran itu dipermudahkan.

“Ini adalah kali pertama saya berlakon dalam drama genre komedi. Untuk drama Isteri Misteri ini, setiap episod ada jalan cerita dan cabarannya yang tersendiri. Namun, apa yang boleh saya katakan ia tidaklah sesukar yang disangka kerana saya menjadi diri sendiri. Saya melakonkannya secara semula jadi dan tak perlu dibuat-buat,” katanya.

Tambahnya yang memegang watak sebagai Lisa, setiap pelakon yang terbabit dalam drama kerjasama Viu dan Media Prima Berhad ini sangat ‘memberi’.

“Setiap pelakon yang berada di set penggambaran punya tarikan dan keistimewaan tersendiri. Jadi, elemen komedi itu sendiri pun sudah wujud dalam diri masing-masing sekali gus melancarkan penggambaran,”katanya.

Menjalani penggambaran dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi pengalaman baharu buat Azira.

“Kami menjalani penggambaran ketika negara dilanda krisis Covid-19. Jadi, banyak SOP yang perlu kami ikut secara ketat untuk memastikan keselamatan semua pihak,” katanya.

Berkongsi mengenai wataknya dalam Isteri Misteri, Lisa adalah seorang daripada tiga isteri Rizal yang hidup secara berpoligami, namun punya perangai sendiri.

Bercakap mengenai poligami, Azira juga tidak terlepas daripada ditanya mengenai toleransinya sekiranya berdepan situasi poligami dalam rumah tangga.

“Saya pun belum berkahwin, jadi, tidak pula saya terfikir mengenai poligami. Namun, ia terpulang kepada individu. Sekiranya individu itu kuat, tabah dan sanggup untuk hidup dalam poligami, teruskan saja,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat