Perkasa perairan Sarawak, TLDM bina Markas Wilayah Laut 4 – Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pembinaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baharu iaitu Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) di Samalaju, Bintulu akan dimulakan sejurus menerima surat rasmi daripada kerajaan negeri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Bintulu merupakan kawasan yang strategik serta berdekatan dengan kawasan Lapangan Gas Kasawari dan Beting Patinggi Ali di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Laut China Selatan.

“Adalah penting perairan negara kita diperkasakan. Selain itu, kementerian juga memutuskan untuk membina markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan lapangan terbang Bintulu.

“Dengan pertumbuhan kekuatan pertahanan negara di kawasan utara Sarawak, ia jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan kawasan pesisir pantai, laut, sempadan negara dan udara sentiasa berada dalam keadaan kesiapsiagaan,” lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Jumaat.

Mohamad berkata perkara lain yang turut dibincangkan bersama Abang Johari semasa pertemuan tersebut termasuk pembinaan Markas Briged Ke-31 Infantri Malaysia, Rejimen Sempadan (RS) serta pembinaan pos kawalan sempadan.

“Sekarang ini Rejimen Sempadan menyewa di kawasan komersial di Kidurong, jadi kementerian tidak mahu melihat tentera menyewa di kawasan kedai-kedai, sudah ada tanah di kawasan Bintulu tetapi ada beberapa masalah.

“Mengenai pos kawalan sempadan, kementerian telah meluluskan pembinaan pos baharu.  Ada tujuh pos baharu yang tiga daripadanya telah siap dibina, manakala empat lagi masih dalam pembinaan dan dengan siapnya kesemua pos kawalan ini akan memudahkan anggota tentera kita untuk bertugas,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat