SPRM Buka Kertas Siasatan Dakwaan Wujud Aku Janji Calon BN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berkaitan surat akujanji yang menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dengan mengatakan suruhanjaya berkenaan telah menerima laporan berhubung perkara tersebut.

“Kami telah menerima aduan mengenai surat dan dakwaan tersebut.

“SPRM akan membuka kertas siasatan supaya perkara itu dapat diteliti,” kata Azam lapor The Star hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa.

Malah, Azam juga berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk memanggil individu tertentu untuk merekod kenyataan mereka.

“Biar pegawai saya yang tentukan siapa yang perlu dipanggil. Mereka akan berbuat demikian selepas melihat dokumen yang telah diserahkan kepada mereka,” ujarnya lagi.

Semalam tular di media sosial satu surat akujanji yang dibuat oleh Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang mana ia mengandungi perjanjian antara lainnya menyokong Ahmad Zahid yang merupakan Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri.

Surat akujanji yang tular itu didakwa ditandatangani oleh Shamsul Anuar. Dalam surat tersebut beliau juga berjanji untuk memberikan jawatan utama Kabinet dan pelantikan politik kepada ahli parlimen UMNO serta menggugurkan pertuduhan mahkamah yang membabitkan pemimpin tertinggi parti.

Shamsul Anuar bagaimanapun menafikan wujudnya surat tersebut dengan mengatakan ia sebagai palsu.

Malah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menafikan kewujudan surat akujanji tersebut yang didakwa memaksa semua calon Parlimen parti berkenaan mengangkat Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat