E-Mel Pembaca: Pembalasan Dendam Dalam PRU? Zahid Hapuskan Peluang Besar BN

- Advertisement -

Apa dah jadi? Politik dan pilihanraya hanya berkisar soal sokongan dan jumlah nombor yg akan menentukan seseorang calon itu menang atau kalah ketika bertanding.

Dari kemenangan calon-calon tersebut bakal menentukan sekali lagi jumlah atau nombor yang cukup untuk sesebuah parti menubuhkan kerajaan.

Apakah dengan mengetepikan atau menghukum atau mencantas musuh politik dalam parti yang akhirnya merugikan parti dengan berkurangnya kerusi kemenangan parlimen-parlimen merupakan strategi terbaik Zahid untuk UMNO dan BN?

Dalam keadaan BN harus menang dan perlu cukup angka selepas PRU15, apakah sesuai pembersihan atau penghapusan musuh PERIBADI dalam parti perlu dilakukan Presiden? Ia seolah satu kerja untuk pemilihan dan bukannya pilihanraya. Ianya berkisar soal dendam peribadi dan bukannya profesional sebagai seorang Presiden yang seharusnya berjiwa besar dan menerima kritikan atau hakikat seorang presiden tidak akan mendapat sokongan kesemua kepimpinan parti secara total. Sudah pasti akan ada idea dan pandangan berbeza dan itu bukan melibatkan peribadi.

Dengan calon-calon yang banyak mendapat tentangan ahli dalam kawasan sendiri, apakah formula Zahid? Apakah ini cara Zahid memastikan BN tidak sesekali menang lebih dari 50 kerusi dan memastikan satu kerjasama perlu berlaku dengan parti lain iaitu PKR sepertimana dakwaan Raja Petra?

Dengan kata lain, Zahid sedang menggadaikan kemenangan parti demi diri beliau dan ianya bersifat peribadi. Tindakan Zahid kepada mereka yang tidak sehaluan dengan beliau merupakan satu tindakan untuk menunjukkan kuasa seorang presiden. “INILAH KUASA PRESIDEN”…Siapa yang menentang pasti akan terbunuh. Hebatkan?

Percayalah. Jika ini benar seperti didakwa maka bersiap sedialah BN untuk sekali lagi tewas dan negara kembali kepada situasi dimana kerajaan dan negara tidak akan dapat mencapai kestabilan politik dan kembali diperintah oleh sebuah atau barisan kepimpinan parti yang telah gagal memerintah negara selama 22 bulan. Didalamnya ada PKR,DAP dan musuh-musuh melayu islam.

Kesannya ialah kepada parti UMNO itu sendiri. Zahid sedang menjadikan UMNO sebagai tebusan untuk memastikan keselamatan diri dan peribadinya. Kesan lebih besar ialah BN bakal kalah dan tidak mampu menubuhkan kerajaan selepas PRU15 hanya kerana permainan dan pembalasan dendam seorang presiden yang terlibat dengan segala jenis kes integriti dan kemaruk mengekalkan kuasa demi mengelamatkan peribadi beliau.

Malang, dalam keadaan rakyat sudah mula yakin dengan BN tetapi liabiliti yang ada pada batang tubuh presiden umno dan pengerusi BN bakal mencalarkan keinginan pengundi untuk memangkah BN. Hanya disebabkan satu karakter dalam BN , pengundi mula muak untuk menyokong. Kemana undi tersebut akan dilabuhkan?

Hanya satu cara terbaik untuk meraih undi yang pasti memenangkan BN ialah dengan Zahid mengumumkan pengunduran dari bertanding dan melepaskan jawatan segera sebelum penamaan calon pada 5 Nov 2022 nanti. Sudah cukup kehancuran dan kerosakan yang Zahid telah lakukan kepada UMNO dan BN.

Presiden harus bersolidariti dengan jiwanya sendiri. Jangan jadi satu badan berlainan wajah yang pelbagai. Itu tahap munafik yang tertinggi.

Ahli UMNO.
Penyokong BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat