Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Harap Deepavali Disambut Meriah dan Patuh SOP

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berharap Deepavali kali ini disambut dalam suasana harmoni, hormat menghormati, penuh toleransi dengan semangat perpaduan yang utuh.

Menurut hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda berdua mahu agar perayaan sebegini diraikan dengan meriah namun tetap berwaspada serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandangkan COVID-19 masih menular dalam komuniti.

“Semoga limpahan cahaya yang menjadi simbol perayaan Deepavali mampu terus menyinari semangat perpaduan antara kaum di Malaysia dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang,” titah baginda dalam hantaran itu.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang meraikannya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga Selangor yang menyambut perayaan cahaya ini, khususnya komuniti Hindu.

“Sebagai perayaan pertama yang diraikan dalam keadaan aktiviti-aktiviti sosial dibenarkan beroperasi secara penuh setelah pandemik COVID-19 melanda awal tahun 2020, wajar kita menelusuri makna asal Deepavali yang saya kira hadir tepat pada waktunya.

Dalam erti kata lain, Deepavali disambut dengan begitu meriah kerana ia membawa maksud pengakhiran kegelapan dan permulaan masa hadapan yang cerah, serta kebaikan mengalahkan kegelapan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat