Biden Kecam Cara Trump Kendali COVID-19

- Advertisement -

CALON Demokrat, Joe Biden terus menggunakan isu pengendalian COVID-19 oleh Donald Trump sebagai bahan kempennya.

Biden mengecam kenyataan terbaharu Trump yang mendakwa pasukan perubatan sebagai penyebab kes tinggi di negara itu.

“Fikirkan ini. Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika ini bertanggungjawab atas kematian yang tinggi. Beliau berani mengemukakan dakwaan doktor-doktor di AS, mereka di barisan hadapan ketika krisis sembilan bulan, termasuk jururawat dan lain-lain.

“Mereka yang mati, beliau mencadangkan doktor dengan sengaja membiarkan kematian, kerana mereka mahu dibayar. Ini adalah kenyataan yang tidak bersyukur,” katanya.

Berucap di Ohio, Biden juga berjanji akan memberi insentif kepada syarikat di negeri itu, bagi mewujudkan peluang pekerjaan.

Ohio adalah negeri dengan undian atas pagar.

Lazimnya, negeri ini adalah negeri kemenangan buat mana-mana calon Republikan.

Pada 2016, Trump menang di Ohio dengan kelebihan lapan peratus.

Dalam pada itu, bekas Presiden AS, Barack Obama turut turun berkempen untuk Biden bagi pusingan akhir.

Beliau meminta pengundi menunaikan tanggungjawab menghentikan politik yang menyebabkan perpecahan.

“Atlanta, esok, selepas empat tahun, anda mempunyai kuasa untuk mengubah Amerika Syarikat. Anda boleh hentikan politik yang cuba memecahbelahkan negara hanya untuk menang pilihan raya, dengan teori konspirasi dan ketakutan sedangkan yang kita perlukan adalah harapan.

“Esok akan menjadi pilihan raya paling penting dalam kehidupan kita. Anda boleh mengubahnya. tetapi anda perlu mengundi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat